• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

EATech Peroleh Kelulusan Pemegang Saham Bagi Cadangan Terbitan Saham RM79.6 Juta

in Catalyst
A A
EATech Peroleh Kelulusan Pemegang Saham Bagi Cadangan Terbitan Saham RM79.6 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — EA Technique (M) Bhd (EATech) mengumumkan kelulusan pemegang saham untuk menerbitkan sehingga 795.75 juta saham biasa baharu bertujuan mengumpul RM79.6 juta, yang membentuk kira-kira 60 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan.

Dalam kenyataan pada Isnin, EATech menjelaskan pemegang saham turut meluluskan pengecualian Datuk Mubarak Hussain Akhtar Husin dan Voultier Sdn Bhd (VSB) daripada tanggungjawab untuk menjalankan tawaran pengambilalihan mandatori semasa mesyuarat agung luar biasa hari ini.

“Kelulusan ini menandakan satu langkah penting dalam usaha EATech untuk menguruskan status kewangannya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Susulan langkah korporat ini, VSB akan muncul sebagai pemegang saham terbesar dengan 51 peratus kepentingan dalam EATech. VSB milik majoriti oleh Mubarak, dengan 70 peratus kepentingan, dan 30 peratus lagi dimiliki Datuk Lai Keng Onn.” menurutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Nasrul Asni Muhammad Dain mengucapkan terima kasih atas sokongan kalangan pemegang saham dan keyakinan VSB terhadap visi berterusan EATech.

“Pelaburan strategik ini menekankan kepercayaan mereka terhadap keupayaan kami untuk mengorak langkah dalam sektor pengangkutan marin dan penyimpanan luar pesisir. Modal yang disediakan akan menyokong strategi penyusunan semula kami dengan kukuh selain memangkinkan pertumbuhan masa depan.

“Apabila pelan penyusunan semula yang dicadangkan itu selesai, keutamaan strategik segera kami adalah untuk penarikan balik status PN17 dengan segera, mengesahkan semula EATech sebagai entiti yang berdaya tahan dan berkembang maju. Pelan pemulihan kami merupakan satu pencapaian penting, menunjukkan keberuntungan yang mampan sepanjang tujuh suku berturut-turut dari suku ketiga 2022 hingga suku pertama 2024,” katanya.

Mubarak berkata hasil daripada terbitan saham itu, yang diperuntukkan untuk obligasi kewangan syarikat, merangkumi RM31 juta untuk pemiutang skim, RM26 juta bagi Sindora Bhd dan RM19.7 juta untuk modal kerja am bagi tempoh 24 bulan akan datang.

Sindora ialah anak syarikat Kulim (M) Bhd, dan Kulim pula merupakan unit milik penuh Johor Corp Bhd.

“EATech menjangkakan dapat merealisasikan pendapatan bersih sekali sahaja sebanyak kira-kira RM127.4 juta daripada pengecualian hutang, meningkatkan kewangan yang baik dengan ketara, dengan aset ketara bersih meningkat daripada RM57.4 juta kepada RM261.6 juta.

“Memandangkan Petronas merancang pelaburan yang besar dalam cari gali, pembangunan dan pengeluaran, EATech berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatannya,” katanya.

Aktiviti pengangkutan marin EATech melibatkan pengangkutan produk petroleum, kargo ringan dan pekerja berdasarkan pelbagai pengaturan sewa khas, meliputi sewa khas mengikut masa, sewa khas kapal kosong dan sewa khas serta-merta.

Syarikat itu mengendalikan 26 kapal, termasuk kapal tangki produk, kapal sokongan luar pesisir dan kapal penyimpanan dan pengeluaran terapung.

— BERNAMA

Tags: EATechJohor Corp Bhdkapal marinkelulusan pengecualianKulim (M) BhdNasrul Asni Muhammad Dainsaham
Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In