• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Samaiden Bakal Raih Manfaat Daripada Pelaksanaan Kapasiti TBB – Apex Securities

in Catalyst
A A
Samaiden Bekerjasama Dengan Chudenko Cari Peluang Dalam Tenaga Boleh Diperbaharui
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Penyedia penyelesaian tenaga boleh baharu (TBB) Samaiden Group Bhd dijangka meraih manfaat daripada pelaksanaan kapasiti TBB jangka panjang bagi mencapai gabungan tenaga sebanyak 70 peratus, kata Apex Securities Bhd.

Dalam nota penyelidikannya, firma pembrokeran itu mengunjurkan teras keuntungan bersih Samaiden akan mencecah masing-masing RM14.5 juta, RM20.6 juta dan RM30.2 juta dalam tahun kewangan 2024 (TK2024), TK2025 dan TK2026.

Apex Securities juga menjangkakan teras pendapatan Samaiden akan meningkat, didorong oleh buku pesanan atau perolehan kontrak yang belum dimasuk kira sebanyak RM354.3 juta, projek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) terbaharu di Kulim Hi-Tech Park bernilai RM100.0 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ini turut dipacu oleh tender berterusan daripada program tenaga hijau korporat bernilai RM350.0 juta selain kuota 2.0 gigawatt daripada pusingan kelima program solar berskala besar (LSS5) dengan potensi hasil sebanyak RM5.8 bilion serta usaha berterusan meningkatkan pesanan daripada pelbagai penyelesaian tenaga bersih.

“Bersandarkan rekod prestasi kumpulan yang kukuh dalam memperoleh aliran kerja EPCC daripada kitaran LSS, maka LSS5 kekal menjadi komponen peningkatan pesanan utama dalam model kami,” katanya.

Apex Securities juga cenderung memihak kepada Samaiden berikutan rekod prestasinya yang kukuh dalam menyiapkan 200 projek TBB tepat pada masanya, khususnya sistem fotovoltan solar yang dipasang di lapangan daratan, meraih purata 15.4 peratus bahagian pasaran pekerjaan EPCC daripada projek LSS, kepakaran dalam penyelesaian biotenaga, terutamanya biojisim serta penambahan jumlah kontrak secara konsisten sekitar RM350.0 juta. 

Selain itu, katanya, syarikat berkenaan juga mempunyai asas kukuh dengan kedudukan tunai bersih sebanyak RM96.9 juta manakala nisbah hutang rendah 0.04 bagi sembilan bulan pertama TK2024.

Samaiden juga mendapat manfaat daripada langkah normalisasi harga modul solar dan potensi jangka panjang industri TBB susulan pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, katanya.

Firma pembrokeran itu berkata risiko utama termasuk turun naik kos modul solar, kebergantungan ketara terhadap inisiatif kerajaan serta persaingan pasaran yang sengit.

“Bagi sembilan bulan pertama TK2024, Samaiden mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak 45.1 peratus tahun ke tahun kepada RM13.8 juta, didorong oleh kenaikan hasil sebanyak 35.4 peratus, terutama mengambil kira projek LSS4 yang sedang dijalankan.

“Pada masa ini, kumpulan mempunyai satu baki projek LSS4 iaitu projek Kuala Muda dengan 30 peratus daripada nilai dijangka diiktiraf sepenuhnya pada TK2025,” katanya.

Apex Securities juga memberi saranan ‘beli’ terhadap Samaiden pada harga sasaran RM1.66.

— BERNAMA

Tags: Apex SecuritiesEPCCSamaiden GroupTBB
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In