• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kementerian Pengangkutan Sokong Projek Pengembangan Westports Malaysia 2

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — Kementerian Pengangkutan menyokong sepenuhnya projek pengembangan Westports Holdings di Pelabuhan Klang yang dikenali sebagai “Westports Malaysia 2”.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perjanjian konsesi baharu untuk Westports telah diluluskan oleh Kabinet susulan penilaian Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan perjanjian itu telah disahkan pada akhir tahun lepas.

Beliau berkata pembesaran itu bertujuan untuk meningkatkan kapasiti pelabuhan daripada 14 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kepada 28 juta TEU.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Apabila siap, Westports Malaysia 2 akan meningkatkan operasi pelabuhan dengan ketara, menjadikan Pelabuhan Barat (West Port) pelabuhan terbesar negara,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian perjalanan dan persinggahan sulung kapal kontena, M V MTT Bintangor di West Port, Pelabuhan Klang, hari ini,

Loke berkata pengembangan itu penting dalam usaha mengekalkan daya saing Pelabuhan Klang sebagai hab mega di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Westports Eddie Lee berkata sebagai komitmen syarikat itu, berbilion ringgit akan dilaburkan untuk membina terminal baharu di bawah Westports Malaysia 2.

Beliau berkata projek itu akan meningkatkan kapasiti pengendalian pelabuhan sebaik sahaja semua terminal daripada Terminal Kontena 10 hingga Terminal Kontena 17 apabila siap kelak,

Lee berkata projek pengembangan itu dijangka menawarkan sekurang-kurangnya 6,000 pekerjaan baharu dan meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan sekitar, khususnya Pulau Indah dan Klang.

“Ini menunjukkan komitmen Westports untuk menyumbang kepada kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata kerajaan telah memberikan konsesi kepada pengendali dan mereka bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf yang diperlukan.

— BERNAMA

Tags: Anthony LokeUKASWestports
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In