• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, October 8, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama Yinson Susut Kepada RM203 Juta

in Catalyst
A A
Anak Syarikat Yinson Ambil Alih Tambahan 57.5 Peratus Kepentingan Dalam Syarikat Dari India
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Keuntungan bersih Yinson Holdings Bhd menyusut kepada RM203 juta bagi suku pertama berakhir 30 April, 2024 daripada RM208 juta bagi tempoh yang sama setahun lepas, didorong oleh hasil yang lebih rendah pada suku semasa.

Syarikat infrastruktur tenaga dan teknologi itu berkata hasil merosot kepada RM2.21 bilion daripada RM3.01 bilion, terutamanya disebabkan penurunan sumbangan daripada aktiviti perniagaan kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan (EPCIC).

Penyusutan itu susulan kemajuan yang perlahan projek tiga aset pengeluaran penyimpanan dan pemindahan terapung (FPSO) iaitu FPSO Atlanta, FPSO Maria Quitéria dan FPSO Agogo, yang sedang dalam pembinaan.

“FPSO Maria Quitéria dan FPSO Atlanta dijangka siap pada penghujung tahun kewangan semasa, yang sebahagiannya diimbangi oleh sumbangan baharu daripada operasi FPSO Anna Nery sejak 7 Mei 2023.

“Kemajuan sebenar projek kami yang dalam pembinaan adalah sejajar dengan jangkaan kumpulan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut Yinson, kumpulan itu akan beralih ke fasa pertumbuhan yang stabil apabila FPSO Atlanta, FPSO Maria Quitéria dan FPSO Agogo memulakan operasi mereka dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang.

Melangkah ke hadapan, Yinson berkata ia kekal optimistik tentang masa depan perniagaannya.

“Dengan menumpukan kepada penghantaran dan kemampanan, kami percaya kami mampu mengharungi pasang surut pasaran tenaga sambil menyampaikan nilai yang mampan kepada pemegang kepentingan kami.

 “Disokong oleh portfolio kontrak jangka panjang sedia ada syarikat, kami percaya kami boleh mencapai keputusan yang memuaskan untuk tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025,” katanya.

Sementara itu, Yinson mengumumkan dividen satu peringkat interim sebanyak satu sen sesaham untuk tahun kewangan 2025, berjumlah kira-kira RM30 juta, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham.

— BERNAMA

Tags: EPCICFPSOKeputusansuku pertamaYinson
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In