• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Matrix Concepts Jalin Kerjasama Dengan NS Corp Perluas Pembangunan MVV2.0

in Catalyst
A A
Matrix Concepts Catat Kenaikan Untung Bersih RM57.24 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

SEREMBAN, 19 Jun (Bernama) — Anak syarikat Matrix Concepts Holdings Bhd, Megah Sedaya Sdn Bhd, memeterai perjanjian pembangunan tanah baharu dengan NS Corporation (NS Corp) bagi tanah berkeluasan 404.6 hektar di koridor pembangunan Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV2.0).

Menurut kumpulan itu, menerusi terma perjanjian pembangunan tanah berkenaan, NS Corp memberikan Megah Sedaya hak pembangunan sebagai pemaju induk bagi tanah baharu itu dengan jumlah pertimbangan RM435.6 juta.

Matrix Concepts berkata ia susulan pembelian tanah berkeluasan 559.2 hektar pada Ogos 2022, yang akan berperanan sebagai pemangkin pertumbuhan utama kumpulan sekali gus menegaskan komitmennya untuk memacu pembangunan mampan dengan impak yang tinggi terhadap landskap sosioekonomi serantau.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Dengan gabungan tanah berkeluasan kira-kira 963.9 hektar, pembangunan baharu itu akan menekankan kedudukan kumpulan dalam pembangunan perbandaran dan mengekalkan statusnya sebagai penyedia utama kediaman kepada penduduk di Negeri Sembilan dan di luarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Matrix Concepts dan NS Corp turut menandatangani perjanjian usaha sama strategik, distrukturkan serupa dengan perjanjian tanah berkeluasan 559.2 hektar sebelum ini, bersamaan asas ekuiti 85:15, yang menyaksikan Matrix Concepts memegang kepentingan majoriti.

Pengerusinya Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata penambahan tanah baharu dalam MVV2.0 itu menandakan pencapaian penting yang menggambarkan hasrat dan visi strategik kumpulan.

“Kedudukan kewangan kami yang kukuh membawa kami untuk melaksanakan pelaburan yang besar ini dengan yakin, menekankan keupayaan kami untuk merebut peluang dan kesediaan yang sewajarnya untuk memacu ke hadapan dalam persekitaran pasaran yang dinamik ini.

“Kami juga mengakui potensi transformatif cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi, yang sekiranya direalisasikan, akan meningkatkan daya tarikan dan permintaan yang lebih besar untuk pembangunan berorientasikan transit di kawasan itu,” katanya.

Mohamad Haslah berkata Matrix Concepts juga bersedia secara strategik untuk memenuhi permintaan ini dan berada pada kedudukan baik untuk memanfaatkan peluang ini bagi memastikan kemampanan kumpulan melebihi 12 tahun akan datang.

“Keyakinan kami terhadap usaha ini adalah berikutan pasaran hartanah yang berkembang pesat di Seremban, disokong dengan kadar pembelian yang tinggi terhadap projek kami melalui pembangunan Sendayan, didorong oleh kemasukan pembeli rumah yang berpotensi dari Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata Matrix Concepts berhasrat untuk mentransformasikan tanah baharu di Labu, Seremban sebagai perbandaran mampan yang mendorong pembinaan komuniti dan menggalakkan persekitaran sosioekonomi yang positif.

“Dengan gabungan nilai pembangunan kasar RM12 bilion, pembangunan seluas 963.9 hektar yang dibesarkan itu akan menampilkan gabungan seimbang elemen kediaman, komersial, perindustrian, institusi, rekreasi dan runcit, menangani permintaan yang semakin meningkat dari Lembah Klang,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Matrix Concepts Holdings BhdMVV 2.0Negeri SembilanNS Corporationpembangunantanah
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In