• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TM, Nxera Bekerjasama Bangunkan Pusat Data Generasi Baharu

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih TM Naik Kepada RM1.87 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) — TM bekerjasama dengan Nxera, cabang pusat data serantau unit Digital InfraCo Singtel dalam membangunkan pusat-pusat data di Malaysia bermula dengan kampus pusat data sedia kecerdasan buatan (AI) yang mampan dan ketersambungan tinggi di Johor.

Terletak di Iskandar Puteri, hanya 16 kilometer dari Singapura, kampus pusat data itu akan menjadi yang terbesar setakat ini untuk TM dan Nxera

Fasa awal pusat data dirancang untuk 64MW dan boleh ditingkatkan sehingga 200MW berdasarkan kepada permintaan pasaran.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan kerjasama strategik tersebut bertujuan untuk memenuhi keperluan hyperscaler, penyedia aplikasi AI generasi baharu dan perusahaan yang mahu mempercepatkan pendigitalan dan pengkomputeran awan (cloud) di rantau ini.

Kampus berketumpatan kuasa tinggi berkenaan akan berupaya menjadi tuan rumah (hos) pengkomputeran yang besar dan keupayaan AI seperti keperluan awan oleh hyperscalers, penyedia perkhidmatan unit pemprosesan grafik (GPU) serta menampilkan teknologi canggih seperti penyejukan cecair untuk menyokong beban kerja berketumpatan kuasa tinggi dan operasi dengan cekap.

“Pusat data itu akan menjadi bangunan hijau (mesra alam sekitar) yang diperakui LEED (Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar) yang menekankan komitmennya terhadap kecekapan tenaga yang lebih tinggi dan amalan mampan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Amar Huzaimi Md Deris berkata kerjasama dua syarikat telekomunikasi utama di rantau ini adalah unik dan memberi impak positif kepada pembangunan ekosistem digital, bukan sahaja memberi manfaat kepada perniagaan tetapi juga memupuk bakat (pekerja berkemahiran) masa hadapan.

“Menubuhkan pusat data sedia AI dengan ketersambungan tinggi menandakan fasa seterusnya dalam kerjasama kami yang telah lama terjalin dengan Singtel, memanfaatkan kekuatan dan komitmen kami untuk mengangkat ASEAN sebagai destinasi pilihan dalam hab digital.

“TM membawa infrastruktur rangkaian domestik terbesar, sistem kabel dasar laut antarabangsa yang luas dan pusat-pusat data terhubung terbesar di Malaysia, sokongan kukuh untuk projek ini.

Ia akan menjadi pemangkin untuk pengkomputeran berprestasi tinggi dan meletakkan asas kukuh untuk kemajuan pengkomputeran awan dan masa hadapan Aplikasi AI.

Melalui kerjasama ini, TM terus menunjukkan dedikasinya untuk menghasilkan inovasi dan penyelesaian mampan, langkah penting dalam aspirasi kami untuk menjadi kuasa besar (powerhouse) digital powerhouse menjelang tahun 2030.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nxera dan unit Digital InfraCo Singtel Bill Chang berkata kerjasama itu memajukan visi kami untuk menjadi platform pusat data sedia AI yang mampan dan ketersambungan tinggi terkemuka di rantau ini, menyokong perniagaan dengan infrastruktur digital yang diperlukan untuk permintaan awan yang semakin meningkat, pendigitalan dan AI.

“Pembangunan kampus pusat data pertama di Johor berkenaan boleh dikembangkan secara berperingkat, menunjukkan keupayaan kami untuk menyokong pasaran penting kepada pelanggan kami dengan cepat.

“Menerusi kepakaran industri dan rekod prestasi kukuh, kami akan membina dan mengendalikan pusat data yang cekap, mampan dan mempunyai ketersambungan tinggi di Malaysia,” katanya.

Selain pusat data, kami akan memperluaskan sambungan kabel dasar laut antara Singapura dan Johor untuk meningkatkan ketersambungan digital.

Usahasama tersebut turut melibatkan kerjasama dengan institut pengajian tinggi di Malaysia untuk memupuk bakat untuk projek kami dan industri.

— BERNAMA 

Tags: kecerdasan buatanNxerapusat dataSingapuraTM
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In