• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Simpor Hibiscus Beli TotalEnergies Brunei Pada RM1.22 Bilion

in Catalyst
A A
Simpor Hibiscus Beli TotalEnergies Brunei Pada RM1.22 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Anak syarikat milik penuh tidak langsung Hibiscus Petroleum Bhd, Simpor Hibiscus Sdn Bhd menandatangani perjanjian pembelian saham bersyarat dengan TotalEnergies Holdings International B.V. untuk membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam TotalEnergies EP (Brunei) B.V. pada RM1.22 bilion.

Hibiscus Petroleum menjelaskan TotalEnergies EP (Brunei) diperbadankan di Netherlands, dan melalui cawangannya beroperasi di Brunei Darussalam dengan aktiviti utama adalah cari gali dan pengeluaran hidrokarbon, selain memiliki 37.5 peratus kepentingan operasi dalam medan Blok B Maharajalela Jamalulam (MLJ).

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, Hibiscus Petroleum menambah medan MLJ merupakan aset gas berkualiti tinggi yang terletak di luar pesisir Brunei.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Terletak di wilayah yang mengandungi hidrokarbon yang prolifik, aset itu ditemui pada 1989 dan telah mengeluarkan gas dan kondensat sejak 1999. Aset tersebut mempunyai hak pengeluaran jangka masa panjang sehingga 15 tahun (tamat tempoh pada 23 Nov, 2039) dan jika dilanjutkan ia memerlukan persetujuan pihak-pihak usaha sama.

“Pihak lain yang memegang baki kepentingan dalam aset itu ialah Shell Deepwater Borneo Ltd (35 peratus) dan Brunei Energy Exploration Sdn Bhd (27.5 peratus), sebuah syarikat yang akhirnya dimiliki oleh Perbadanan Menteri Kewangan Brunei,” jelasnya.

Hibiscus Petroleum memaklumkan pembiayaan cadangan pembelian itu dijangka diperoleh daripada gabungan dana dalaman dan hutang sedia ada atau kemudahan lain.

Aset itu dijangka menambah bersih sehingga 21.7 juta tong setara minyak (MMboe) kepada rizab minyak terbukti dan berkemungkinan (2P) syarikat, meningkat 36 peratus daripada 60.9 MMboe kepada 82.6 MMboe setakat  1 Jan, 2024, manakala jumlah pengeluaran bersih harian minyak, kondensat dan gas dijangka meningkat kira-kira 7,865 boe sehari, daripada 21,398 boe sehari kepada 29,263 boe sehari pada tahun kalendar 2024.

Justeru, bahagian pengeluaran gas bagi portfolio syarikat meningkat kepada hampir 50 peratus, sejajar dengan strategi peralihan tenaga syarikat untuk memperoleh aset berwajaran gas dalam bidang kuasa kawal selia yang stabil, jelasnya.

“Transaksi ini juga merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi aspirasi kumpulan untuk menjadi pengeluar pelepasan sifar bersih pada 2050. Syarikat bersedia untuk meraih pelbagai manfaat daripada cadangan pembelian itu.

“Selain memperoleh aset gas yang terkemuka di Brunei dan mengambil alih operasinya, cadangan pembelian itu memperkukuh kedudukan syarikat sebagai peserta cari gali dan pengeluaran bebas di rantau ini,” menurutnya.

Pengarah Urusan Hibiscus Petroleum Dr Kenneth Pereira berkata jumlah tambahan daripada transaksi itu penting untuk Hibiscus Petroleum dan akan meningkatkan pengeluaran gas kepada hampir 86 peratus di samping membawa syarikat lebih dekat ke arah mencapai Misi 2026 untuk meningkatkan pengeluaran bersih syarikat kepada 35,000 kepada 50,000 boe sehari.

“Selain itu, warga kerja TotalEnergies Brunei, yang telah mengoperasikan aset ini dengan selamat dan cekap selama bertahun-tahun akan menyertai syarikat sebagai sebahagian daripada transaksi itu. Mereka membawa banyak pengetahuan dan pengalaman.

“Kami mengalu-alukan mereka dan kami berharap dapat bekerjasama untuk meningkatkan nilai aset dengan selamat dan cekap untuk semua pihak berkepentingan. Paling penting, kami teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan rakan usaha sama kami, Shell Deepwater Borneo, Brunei Energy Exploration serta kerajaan Brunei,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Hibiscus Petroleum mengumumkan Bursa Malaysia telah meluluskan permintaan syarikat untuk penggantungan dagangan sekuritinya di Pasaran Utama dari 9 pagi hingga 5 petang pada Jumaat 14 Jun, 2024 dan dagangan akan disambung semula mulai 9 pagi, Selasa 18 Jun, 2024.

— BERNAMA

Tags: BruneiHibiscus PetroleumpembelianSimpor HibiscusTotalEnergies
Share278ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In