• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Crescendo Jual Tanah Perindustrian Di Johor Pada Harga RM115.88 Juta

in Catalyst
A A
Subsidiari Crescendo Jual Tanah Di Johor Bahru Pada Harga RM132.47 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Crescendo Corporation Bhd, Panoramic Industrial Development Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Digital Halo Pte Ltd Singapura untuk menjual tanah perindustrian di Johor dengan harga RM115.88 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Crescendo berkata tanah seluas 8.28 hektar itu terletak di Pulai, Johor Bahru dan pada masa ini tidak digunakan oleh kumpulan itu untuk operasi perniagaan, justeru ia tidak menjana sebarang aliran tunai.

“Sama seperti siri penjualan tanah di kawasan yang sama oleh kumpulan sejak setahun lepas, cadangan penjualan itu akan memberi peluang merealisasikan keuntungan dan membuka nilai pelaburannya,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia berkata daripada kutipan kasar RM115.88 juta itu, RM2.11 juta akan digunakan untuk anggaran kos pembangunan berhubung cadangan penjualan itu.

“Baki RM113.77 juta akan digunakan untuk membiayai projek yang sedang berjalan (RM40 juta), modal kerja (RM69.68 juta) dan anggaran perbelanjaan berhubung cadangan penjualan (RM4.09 juta),” katanya.

Melangkah ke hadapan, Crescendo berkata ia akan memfokuskan sumbernya pada enam projek pembangunan yang sedang berjalan serta memanfaatkan peluang terhadap simpanan tanah serta usaha sama  di lokasi strategik lain.

Ia berkata menerusi langkah sedemikian, syarikat akan mempunyai fleksibiliti dan kecairan untuk mengejar peluang pelaburan atau projek yang memerlukan perbelanjaan modal yang besar, sambil mengukuhkan kedudukan modal kerja mereka.

Tertakluk kepada semua kelulusan yang diperoleh, lembaga pengarah menjangkakan cadangan penjualan itu akan diselesaikan pada separuh kedua 2024.

UOB-Kay Hian dilantik sebagai penasihat utama untuk cadangan penjualan itu.

— BERNAMA

Tags: CrescendoDigital HaloPanoramic Industrial Developmentpenjualantanah perindustrian
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In