• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Agricore Catat Lebihan Langganan 131 Kali Untuk IPO Bahagian Awam

in Asas Saham
A A
Agricore Sasar Kumpul RM26 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) — Tawaran awam permulaan (IPO) Agricore CS Holdings Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE telah menarik permohonan untuk saham bernilai RM669.21 juta daripada orang awam, mewakili lebihan langganan sebanyak 130.99 kali.

Pembekal bahan makanan itu berkata 10.14 juta saham baharu yang disediakan untuk orang awam pada 50 sen setiap satu telah menerima 15,304 permohonan membabitkan 1.134 bilion saham baharu.

Bahagian awam Bumiputera terlebih langgan sebanyak 113.57 kali, dengan sejumlah 8,594 permohonan untuk 580.88 juta saham baharu telah diterima, katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Bagi bahagian awam bukan Bumiputera, sejumlah 6,710 permohonan untuk 757.54 juta saham baharu diterima, mencerminkan kadar lebihan langganan sebanyak 148.42 kali.

Sementara itu, 10.14 juta saham baharu yang disediakan untuk pengarahnya yang layak, kakitangan serta individu yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan Agricore juga telah dilanggan sepenuhnya.

Selain itu, M & A Securities Sdn Bhd, yang bertindak sebagai penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO berkenaan telah mengesahkan bahawa 31.43 juta saham yang disediakan bagi permohonan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri termasuk pelabur terpilih telah dikeluarkan sepenuhnya. 

Pengarah Urusan Agricore, Oon Boon Khong berkata dengan adanya dana IPO, syarikat itu berada di landasan yang betul untuk melaksanakan pelan pengembangan dan memanfaatkan peluang pertumbuhan dalam industri bahan makanan.

“Hasil IPO adalah penting untuk meningkatkan tahap inventori kami bagi menyokong pertumbuhan perniagaan kami.

“Melalui tahap inventori yang lebih tinggi, syarikat akan dapat memacu pertumbuhan pendapatan dengan meningkatkan jumlah jualan kepada pelanggan sedia ada termasuk mendapat pelanggan baharu,” katanya lagi.

Selain itu, Oon berkata dengan pertumbuhan berterusan serta pengembangan perniagaannya, hasil IPO juga akan digunakan untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan dengan menubuhkan fasiliti penyimpanan serantau baharu di Klang, Selangor, dengan anggaran keluasan binaan 30,000 kaki persegi.

Sekarang ini, semua produk pertanian berasaskan tumbuhan Agricore disimpan di premis Bukit Minyak sebelum dihantar kepada pelanggan.

Syarikat itu berkata kadar penggunaan ruang simpanan di sana adalah pada purata 91.1 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 hingga tahun kewangan 2023.

Penubuhan fasiliti penyimpanan serantau baharu itu dijangka akan mencambah kecekapan operasi perniagaan syarikat dari segi penghantaran produk kepada pelanggan memandangkan kemudahan storan serantau baharu ini akan berfungsi sebagai kemudahan bagi menyokong perniagaannya di wilayah tengah dan selatan Semenanjung Malaysia.

Agricore, yang dijadualkan disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 21 Jun 2024, menyasarkan untuk mengumpul RM25.86 juta daripada IPOnya.

— BERNAMA

Tags: Agricore CS HoldingsIPO
Share221ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In