• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Tetapi Merosot Dalam Beberapa Minit

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Indeks barometer Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan sentimen positif tetapi kemudiannya merosot berikutan kekurangan sokongan, menjejaki prestasi Wall Street yang lemah susulan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang mungkin menangguhkan penurunan kadar faedah.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,617.43 daripada 1,617.86 pada Jumaat lepas.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.38 mata kepada 1,619.24.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 259 berbanding 201, dengan 368 kaunter tidak berubah, 1,570 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 297.44 juta unit bernilai RM116.27 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah pada Jumaat lepas berikutan sentimen terjejas oleh data pekerjaan AS yang lebih baik daripada jangkaan pada Mei, meningkatkan ketidakpastian mengenai pendirian Fed terhadap kadar faedah.

Selain itu, penurunan harga minyak menyumbang kepada aliran penurunan.

Bagaimanapun, katanya pasaran tempatan dijangka bergerak dalam julat 1,615-1,625 berikutan langkah oleh Bank Pusat Eropah baru-baru ini untuk menurunkan kadar faedah menjadi petunjuk positif bahawa bank-bank pusat global tidak terlalu bergantung kepada keputusan Fed AS.

“Selepas keputusan kewangan diumumkan untuk tempoh suku kedua, kami mendapati banyak firma penyelidikan menaikkan sasaran indeks masing-masing untuk tahun 2024, menunjukkan pasaran masih mempunyai potensi untuk meningkat,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Gas naik 22 sen kepada RM18.50, Tenaga Nasional meningkat dua sen kepada RM13.78 manakala Maybank, Public Bank dan IHH, masing-masing tidak berubah pada RM10, RM4.11 dan RM6.24.

Bagi saham aktif, Alam Maritim, Widad dan Leform, masing-masing meningkat setengah sen kepada tiga sen, 8.5 sen dan 17 sen manakala YNH Property naik 5.5 sen kepada 69.5 sen dan Siab menambah dua sen kepada 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 1.46 mata kepada 12,358.32, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 8.73 mata kepada 12,662.26, Indeks FBM 70 menambah 2.79 mata kepada 17,797.67 dan Indeks FBM ACE menokok 8.99 mata kepada 5,586.31 manakala Indeks FBMT 100 merosot 1.83 mata kepada 11,938.63.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 0.70 mata kepada 17,642.97, Indeks Perladangan menambah 0.89 mata kepada 7,146.22 dan Indeks Tenaga meningkat 4.61 mata kepada 973.84 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.26 mata kepada 197.39.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFed AS
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In