• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Anak Syarikat Malaysia Marine And Heavy Engineering Peroleh Subkontrak Tenaga Bersih Bernilai RM1.5 Bilion

in Catalyst
A A
MHB Peroleh Kontrak Daripada Sarawak Shell
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB), Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd memperoleh subkontrak untuk membina platform arus terus voltan tinggi pencawang luar pantai (OSS) bernilai RM1.5 bilion. 

Kontrak itu, yang diperoleh daripada Petrofac International (UAE) LLC, terdiri daripada kejuruteraan pembinaan, fabrikasi, penyiapan mekanikal, struktur dan pengikat kargo serta kerja-kerja seni bina berasaskan kejuruteraan, perolehan dan pembinaan, katanya. 

Kumpulan tersebut menerusi makluman kepada Bursa Malaysia berkata projek penting itu, yang dinamakan Nederwiek 1, menyokong komitmennya terhadap pembangunan infrastruktur yang mampan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nazir Mohd Nor berkata kontrak itu menandakan sumbangan kumpulan kepada program dua gigawatt (GW) penting TenneT di Belanda, menyokong pembangunan pesat projek infrastruktur angin luar pantai berskala besar, yang penting untuk peralihan tenaga di Eropah.

“Kami bersungguh-sungguh mahu memastikan kejayaan projek ini, yang bertujuan untuk menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan dan bersih serta mencorak dunia yang lebih baik untuk semua orang.

“Memanfaatkan pengalaman luas kami dalam melaksanakan projek luar pantai yang kompleks, ditambah dengan strategi kontrak yang lebih baik, pasukan kami komited untuk menyediakan penyelesaian terbaik selain mendukung standard kualiti dan keselamatan yang terbaik,” katanya.

Menurut makluman itu, program dua gigawatt TenneT itu adalah langkah penting dalam peralihan Eropah bagi memastikan pelepasan karbon rendah pada masa depan, yang mana Jerman, Belanda, Denmark, dan Belgium bersetuju untuk bekerjasama memasang sekurang-kurangnya 65 GW tenaga angin luar pantai menjelang 2030.

Ia berkata platform OSS itu terdiri daripada bahagian atas, seberat kira-kira 30,000 tan (termasuk peralatan) dan struktur jaket, seberat kira-kira 10,000 tan.

Tempoh projek itu adalah kira-kira 36 bulan, dengan fabrikasi dijangka bermula pada 2025 dan siap pada 2028, katanya.

— BERNAMA

Tags: Malaysia Marine and Heavy Engineering HoldingsOSSpencawang luar pantaisubkontrak
Share286ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In