• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama MISC Melonjak Kepada RM759.90 Juta, Umum Dividen Lapan Sen

in Catalyst
A A
Unit Tidak Langsung MISC Peroleh Kontrak Sewa Kapal 15 Tahun Daripada QatarEnergy
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih MISC Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 melonjak kepada RM759.90 juta daripada RM612.90 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas, dipacu oleh hasil yang lebih tinggi.

​​​​Syarikat gergasi perkapalan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini melaporkan hasilnya meningkat kepada RM3.64 bilion daripada RM3.08 bilion.

Ia turut  mengumumkan dividen pertamanya yang dikecualikan cukai sebanyak lapan sen sesaham, berjumlah RM357.1 juta, yang akan dibayar pada 27 Jun, 2024.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

MISC berkata pendapatan segmen aset gas dan penyelesaiannya meningkat 2.6 peratus kepada RM775.3 juta daripada RM755.9 juta sebelumnya, terutamanya didorong oleh kesan ringgit yang semakin menyusut berbanding dolar AS pada suku semasa.

“Dari segi operasi, pendapatan segmen suku ini lebih rendah disebabkan penamatan kontrak dan pelupusan kapal,” katanya.

 Dalam segmen perkapalan petroleum dan produknya, hasil meningkat 12 peratus kepada RM1.36 bilion pada suku pertama tahun kewangan 2024 daripada RM1.21 bilion, didorong oleh pendapatan lebih tinggi berikutan penghantaran oleh kapal-kapal. 

Bagi segmen marin dan kejuruteraan berat, ia menyaksikan lonjakan hasil 98.4 peratus kepada RM984.5 juta daripada RM496.2 juta, disumbangkan oleh peningkatan hasil daripada projek kejuruteraan berat yang sedang berjalan dan subsegmen marin.       

Melangkah ke hadapan, MISC menjangkakan pasaran perkapalan gas asli cecair (LNG) kekal positif, dengan kadar semerta dijangka bertambah baik secara beransur-ansur sejajar dengan permintaan bermusim.   

“Pendapatan operasi bagi segmen aset dan penyelesaian gas dijangka kekal stabil, disokong oleh portfolio piagam jangka panjangnya,” katanya.        

Sementara itu, bagi segmen petroleum dan produk perkapalan, MISC merancang untuk terus mengenal pasti peluang, terutamanya dalam aset dwi-bahan api, dan menumpukan pada pendapatan terjamin jangka panjang untuk pertumbuhan perniagaan.                                                                                                   

Dalam segmen kejuruteraan marin dan berat, kumpulan itu menjangkakan perbelanjaan modal huluan global yang teguh, didorong oleh bekalan global yang lebih terhad, berikutan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan sekatan bekalan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+).

— BERNAMA

Tags: gas asli cecaiKeputusanLNGmarinminyak dan gasMISCperkapalansuku pertama
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In