• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Capital A Catat Kerugian Bersih RM91.55 Juta Suku Pertama 2024 

in Catalyst
A A
Capital A-Sivilai Asia Tubuhkan Usaha Sama Penyelenggaraan Dan Baik Pulih Di Kemboja

Gambar: Reuters

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Capital A Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM91.55 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 berbanding keuntungan bersih RM57.09 juta pada tempoh yang sama tahun lepas disebabkan kerugian pertukaran asing.

Bagaimanapun, pendapatan meningkat kepada RM5.24 bilion daripada RM2.53 bilion sebelumnya, disumbang terutamanya daripada pemulihan kukuh permintaan terhadap perjalanan domestik dan juga antarabangsa, kata Capital A dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Kira-kira 20 peratus daripada kumpulan pesawat (167 pesawat yang beroperasi pada akhir Mac 2024) tidak beroperasi pada suku tersebut, susut nilai dan kos kewangan bagi pesawat bukan operasi dibentangkan di bawah keuntungan operasi bersih dalam penyata pendapatan disatukan,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sementara itu, kumpulan tersebut berkata bagi suku pertama, 89 peratus daripada hasil kumpulan  disumbang oleh segmen penerbangan manakala perniagaan logistik, digital dan lain-lain menyumbang baki 11 peratus.

Menurutnya, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang positif sebanyak RM1.03 bilion pada Suku Pertama 2024 berbanding EBITDA sebanyak RM502.2 juta pada Suku Pertama 2023, didorong oleh peningkatan prestasi keseluruhan segmen penerbangan

Mengenai prospek penerbangan, kumpulan itu menjangka permintaan yang stabil pada 2024 selepas berakhirnya tempoh kemuncak perjalanan.  

“Menjelang akhir tahun, kami menyasarkan 202 pesawat kami beroperasi, meningkatkan kapasiti kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh rangkaian kami yang semakin berkembang,” katanya. 

— BERNAMA 

Tags: Capital Ahasilkerugian bersihpertukaran asingsuku pertama 2024
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In