• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Kawan Renergy Sasar Pendapatan RM688 Juta Tahun Ini

in Asas Saham
A A
Kawan Renergy Sasar Kumpul RM33 Juta Melalui IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Penyedia penyelesaian kejuruteraan Kawan Renergy Bhd menyasarkan pendapatan RM100 juta tahun ini selepas penampilan sulung kukuh hari ini di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Memandangkan prospek positif, Pengarah Urusan Kawan Renergy Lim Thou Lai berkata pertumbuhan itu akan dipacu oleh tenaga boleh diperbaharui (RE), salah satu segmen perniagaannya.

“Kami menjangka tenaga boleh diperbaharui dan tenaga bersih secara beransur-ansur akan menjadi penyumbang pendapatan terbesar bagi syarikat kami. Kami juga menjangka segmen ini akan menyumbang 50 peratus kepada pendapatan syarikat kami dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian itu di sini hari ini.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Syarikat itu, yang membuat penampilan pertamanya di Pasaran ACE hari ini, menyaksikan harga sahamnya dibuka pada 45 sen, memberikannya premium 15 sen berbanding harga tawaran 30 sen.

Pada loceng pembukaan, sebanyak 14.65 juta saham telah diniagakan.

Pembukaan kukuh itu menyusuli lebihan langganan sebanyak 94.99 kali semasa tawaran awam permulaan (IPO).

Penyenaraian syarikat itu termasuk penempatan modal saham terbitan berjumlah RM165 juta terdiri daripada 550 juta saham.

Lim ketika ditemui Bernama berkata beliau percaya segmen RE boleh menyumbang 50 peratus kepada hasil syarikat pada masa depan apabila mereka beralih ke perniagaan pengeluar tenaga bebas (IPP).

Beliau berkata pada tahun ini sahaja syarikat itu telah memperoleh dua memorandum persefahaman (MOU) daripada dua syarikat antarabangsa dalam segmen ini.

“Walaupun kami tidak boleh mendedahkan nama syarikat menjalinkan kerjasama dengan Kawan Renergy, kami bergerak ke arah ini,” katanya.

“Kami menjangkakan lebih ramai pelanggan tempatan dari Sabah dan Semenanjung Malaysia kerana mereka perlu menyediakan tenaga yang lebih bersih kepada pelanggan mereka. Johor dan Selangor mempunyai permintaan tertinggi dalam segmen berkenaan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaKawan Renergypasaran ACE
Share227ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In