• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama CelcomDigi Naik Kepada RM376.46 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga CelcomDigi Melonjak Kepada RM455.72 Juta, Umum Dividen 3.3 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih CelcomDigi Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 meningkat kepada RM376.46 juta daripada RM317.92 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil, bagaimanapun, merosot sedikit kepada RM3.15 bilion daripada RM3.18 bilion sebelum itu, kata syarikat telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan, CelcomDigi berkata ia menumpukan untuk memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan menerusi pelan 4G dan 5G yang diperbaharui dan menggabungkan penawaran bagi meningkatkan pertumbuhan pelanggan pascabayar dan Home & Fibre kepada 20.5 juta, iaitu peningkatan sebanyak 174,000 tahun ke tahun.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia berjaya mempercepatkan program penyepaduan dan pemodenan rangkaiannya untuk membina rangkaian digital terkemuka Malaysia, dengan lebih 7,200 tapak dimodenkan pada akhir April 2024. 

“Usaha ini telah meningkatkan pengalaman rangkaian secara keseluruhan – lebih daripada 80 peratus pelanggan di kawasan pasca penyatuan telah mengalami peningkatan dalam kualiti isyarat dan daya pemprosesan rangkaian, memberikan purata kelajuan muat turun di seluruh negara melebihi 67Mbps,” katanya.

Ia akan melepasi paras 50 peratus penyiapan di tujuh negeri, dan akan menyelesaikan proses di Pulau Pinang yang dijangka pada akhir Jun 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Idham Nawawi berkata prestasi asas suku pertama tahun kewangan 2024 adalah berdaya tahan, kerana ia mengekalkan hasil teras yang stabil sambil mengekalkan pertumbuhan pada asas pelanggan dan meningkatkan keuntungan.

“Pada tahun kedua operasi selepas penggabungan ini, tumpuan kami adalah untuk membina asas yang kukuh untuk masa depan bagi mencapai pertumbuhan yang menguntungkan, memanfaatkan teknologi dan kecekapan.

“Kami terus meningkatkan aktiviti transformasi dan integrasi dalam semua bidang dan kekal teguh dalam memberikan pengalaman pelanggan terbaik dalam kelasnya, dikuasakan oleh organisasi yang progresif dan cekap,” katanya.

Syarikat itu telah mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 3.5 sen sesaham, bersamaan dengan pembayaran pada suku keempat tahun kewangan 2023 sebanyak RM411 juta, sejajar dengan komitmen dividennya yang mampan kepada para pemegang saham.

— BERNAMA

Tags: 5GCelcomDigiIdham NawawiKeputusan
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In