• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KPJ Healthcare Catat PATAMI RM76 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2024

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih KPJ Healthcare Meningkat Kepada RM22.19 Juta, Umum Dividen 0.25 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) KPJ Healthcare Bhd melonjak 38 peratus bagi suku pertama 2024 (S1 TK2024), meningkat kepada RM76 juta daripada RM55 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu melaporkan hasil sebanyak RM908 juta untuk S1 TK2024, peningkatan 11 peratus daripada suku yang sama tahun lalu.

“Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) mencapai RM247 juta, peningkatan 27 peratus tahun ke tahun, dengan margin EBITDA bertambah baik kepada 27.2 peratus daripada 23.8 peratus pada S1 TK2023,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurut kenyataan itu, KPJ Healthcare mengisytiharkan dividen interim kedua bagi TK2024 sebanyak satu sen sesaham, berjumlah RM43.6 juta, yang akan diagihkan kepada pemegang saham pada 5 Julai, 2024.

Prestasi mantap kumpulan itu dicerminkan lagi dengan meningkatnya pesakit yang mendapat rawatan kepada 91,039 pesakit daripada 88,036 pesakit, yang menyebabkan peningkatan dalam kapasiti katil dan kecekapan operasi.

Presiden dan Pengarah Urusannya Chin Keat Chyuan berkata prestasi keseluruhan kumpulan pada S1 TK2024 mencerminkan langkah strategik yang dilaksanakan untuk memaksimumkan aset dan mengurangkan kos.

“Kami mempunyai beberapa inisiatif menarik dalam perancangan, termasuk penjenamaan semula kami yang akan datang dan kerjasama kami dengan Kementerian Kesihatan untuk Malaysia International Healthcare Megatrends 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 Okt.

“Inisiatif strategik ini direka untuk meletakkan kami sebagai peneraju dalam sektor penjagaan kesihatan dan memacu pertumbuhan perniagaan kami dengan meningkatkan pengiktirafan jenama dan jangkauan pasaran kami sambil kami terus memupuk penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif bagi memenuhi keperluan pesakit kami yang semakin berkembang,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Chin Keat ChyuanEBITDAhasilKPJ Healthcare BhdPATAMI
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In