• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

FGV Kerugian Bersih RM13.49 Juta, Unjur Harga MSM RM3,800-RM4,000 Satu Tan

in Catalyst
A A
FGV Sasar Produk Makanannya Di Setiap Isi Rumah Malaysia Menjelang 2030
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — FGV Holdings Bhd (FGV) mencatat kerugian bersih sebanyak RM13.49 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024, berbanding keuntungan bersih RM12.09 juta tempoh sama setahun lepas, didorong terutamanya oleh kerugian bahagian perladangannya.

Perolehan hasilnya merosot kepada RM4.54 bilion daripada RM4.59 bilion susulan harga purata minyak sawit mentah (MSM) lebih rendah sebanyak RM3,907 satu tan pada suku semasa, kata kumpulan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

FGV yang juga antara pengeluar MSM terbesar dunia, berkata bahagian perladangannya mencatat kerugian sebanyak RM62.14 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 berbanding keuntungan berjumlah RM58.32 juta pada suku sama tahun lepas.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ini berikutan penurunan itu disebabkan terutamanya oleh peningkatan ketara caj nilai saksama perjanjian pajakan tanah (LLA) yang melonjak kepada RM86.04 juta daripada RM32.16 juta pada suku sama tahun kewangan 2023.

FGV berkata tanpa mengambil kira caj nilai saksama LLA itu, bahagian berkenaan mencatat keuntungan lebih rendah sebanyak RM23.90 juta daripada RM49.64 juta dalam suku sebelumnya, susulan penurunan pengeluaran tandan buah segar yang susut kepada  740,000 tan daripada 1.05 juta tan.

“Berikutan itu, hasil susut kepada 2.88 tan sehektar daripada 3.91 tan sehektar pada suku sebelumnya selain peningkatan kos operasi estet ggi sebanyak 13 peratus. 

“Selain itu, kadar perahan minyak yang dicatatkan pada suku semasa juga lebih rendah sebanyak 20.59 peratus daripada 21.07 peratus pada suku sebelumnya,” katanya.

Selain itu, FGV berkata sebahagian daripada penyusutan keuntungan itu dapat diimbangi oleh peningkatan prestasi bahagian gula dan minyak serta lemak pada suku semasa.

Mengulas prestasi bahagian gula kumpulan, ia berkata susulan kerja-kerja pembaikan di loji penapis MSM Johor, bahagian berkenaan dijangka meningkatkan faktor penggunaannya melebihi 50 peratus.

“Peningkatan ini akan mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan keuntungan secara keseluruhan bahagian. Usaha pembaikan itu akan turut membolehkan bahagian berkenaan memenuhi permintaan dan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran eksport,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, FGV mengunjurkan julat harga MSM bagi 2024 pada RM3,800 hingga RM4,000 satu tan yang merupakan potensi daripada kesan fenomena cuaca La Nina di penghujung tahun yang boleh menjejaskan pengeluaran.

Bagaimanapun, katanya, kalangan pengiat industri minyak sawit menjangkakan MSM kekal di paras melebihi RM3,800 satu tan dalam separuh pertama 2024, sebelum mereda seiring pemulihan bermusim.

“Kumpulan menjangkakan prestasi memuaskan dalam tahun kewangan 2024 yang sejajar dengan unjuran pergerakan harga MSM,” katanya.

— BERNAMA

Tags: FGVMSMprestasi kewangan
Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In