• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih DRB-Hicom Bhd Susut 15.2 Peratus Disebabkan Cukai Lebih Tinggi

in Catalyst
A A
Untung Bersih DRB-Hicom Bhd Susut 15.2 Peratus Disebabkan Cukai Lebih Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — DRB-Hicom Bhd mencatatkan penyusutan 15.2 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM91.54 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, daripada RM107.91 juta setahun sebelumnya di tengah-tengah caj cukai yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kumpulan itu yang terlibat dalam enam sektor teras, merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) kepada RM210.76 juta berbanding RM200.77 juta sebelumnya, disumbangkan oleh prestasi yang lebih baik bagi sektor automotif dan perkhidmatan.

Hasil turut meningkat 5.6 peratus kepada RM4.33 bilion daripada RM4.10 bilion sebelumnya, dengan semua sektor teras menunjukkan hasil yang lebih baik, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pemilik jenama Proton dan Modenas itu berkata sektor automotif kekal sebagai penyumbang hasil utamanya, mencatatkan kenaikan 0.8 peratus kepada RM3.05 bilion terutamanya disebabkan oleh volum jualan yang lebih tinggi.

Sektor perbankan kumpulan, iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd menyaksikan hasil yang meningkat sebanyak 34.6 peratus kepada RM510.41 juta disebabkan peningkatan pendapatan pembiayaan, didorong oleh peningkatan dalam volum pembiayaan yang dikaitkan dengan pertumbuhan mampan dan asas pelanggan yang berkembang.

“Selain itu, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada 2.75 peratus kepada 3.00 peratus pada Mei 2023 menyumbang kepada prestasi kukuh sektor ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, sektor aeroangkasa dan pertahanan mencatatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 11.4 peratus kepada RM187.79 juta, berikutan meningkatnya penghantaran produk pesawat lorong tunggal dan bahagian-bahagian pesawat, katanya.

Sektor pos, yang diwakili oleh Pos Malaysia Bhd, mencatatkan hasil yang lebih tinggi sebanyak 4.6 peratus kepada RM291.23 juta, disumbangkan terutamanya oleh perniagaan melnya.

Sektor perkhidmatan, yang merangkumi daripada pemeriksaan kenderaan kepada pengangkutan udara, hasilnya meningkat sebanyak 6.0 peratus kepada RM216.65 juta. Ini disumbang oleh perniagaan katering dalam penerbangan dengan jumlah penyediaan hidangan yang lebih tinggi, dan perniagaan pengendalian darat, yang sejajar dengan meningkatnya jumlah penerbangan.

Mengenai prospek, DRB-Hicom berkata ia mengekalkan “unjuran yang memuaskan” untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024. 

— BERNAMA

Tags: automotifDRB-HicomKeputusanPos MalaysiaProtonS1 TK2024
Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In