• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sime Darby Property Bakal Bangunkan Pusat Data Di Selangor

in Catalyst
A A
Sime Darby Property Bakal Bangunkan Pusat Data Di Selangor
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Sime Darby Property Bhd bekerjasama dengan Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd untuk membangunkan sebuah pusat data berskala besar di Elmina Business Park, Selangor.

Pearl Computing ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia, anak syarikat milik penuh Raiden APAC Pte Ltd, sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura.

Raiden APAC Pte Ltd merupakan sebahagian daripada syarikat teknologi multinasional yang beribu pejabat di AS.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam satu kenyataan, syarikat hartanah itu berkata pusat data itu akan direka bentuk dan dibangunkan secara holistik oleh Sime Darby Property, termasuk perancangan infrastruktur dan pembinaan untuk memastikan kemudahan itu disesuaikan mengikut spesifikasi pemajak. 

“Majlis pecah tanah projek itu dijangka pada suku kedua 2024, dan pembinaan disasarkan bermula pada 2026.

“Setelah selesai, pihak-pihak akan memasuki tempoh pajakan 20 tahun bernilai sehingga RM2 bilion, dengan pilihan memperbaharui pajakan tambahan lima tahun sebanyak dua kali,” kata Sime Darby Property.

Ia berkata pusat data itu akan didirikan di atas tanah seluas 19.83 hektar (49 ekar) dalam kawasan Elmina Business Park.

Pengarah Urusan kumpulan Sime Darby Property Datuk Azmir Merican berkata projek itu akan membolehkan mereka meluaskan portfolio pelaburan dan pengurusan asetnya serta sejajar dengan strateginya untuk meningkatkan pendapatan berulang.

“Kemudahan itu juga akan meningkatkan status Elmina Business Park sebagai lokasi industri utama untuk syarikat teknologi, tempatan dan antarabangsa,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Azmir MericanElmina Business ParkPearl ComputingSime Darby Property
Share247ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In