• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Lancar Gerbang ‘API’ Tingkat Kecekapan Pengurusan Akaun CDS

in Catalyst
A A
Kenapa Perlu Ada Lebih Daripada Satu Akaun CDS?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd memperkenalkan Gerbang Antara Muka Aturcara Aplikasi (API) atau Gerbang API untuk meningkatkan kecekapan proses pengurusan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) oleh organisasi (PO) atau broker yang mengambil bahagian.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Muhammad Umar Swift berkata inisiatif ini merupakan komitmen dalam menyediakan perkhidmatan yang menumpukan keperluan pelanggan.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan PO kami dan memperkenalkan inovasi perkhidmatan untuk menarik lebih ramai pelabur sambil memperkukuh daya saing pasaran kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bursa Malaysia berkata inisiatif ini adalah sebahagian daripada strateginya menggunakan teknologi untuk meningkatkan pengalaman pemegang akaun CDS dan mengembangkan penyertaan pelabur dalam pasaran ekuiti.

Bursa itu berkata Gerbang API akan menyelaraskan perjalanan kemasukan pelabur, memendekkan masa pemulihan untuk membuka, mengemas kini dan mengaktifkan semula akaun.

Dengan penambahbaikan sedemikian, para pelabur berpeluang berurus niaga dengan lebih pantas.

“Gerbang itu juga merupakan sebahagian daripada penambahbaikan perniagaan PO dengan mendigitalkan proses mereka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan amalan kemampanan bagi mengurangkan jejak karbon,” katanya.

Bursa itu berkata Gerbang API untuk e-perkhidmatan CDS kini beroperasi, dengan lima organisasi (PO) yang mengambil bahagian telah didaftarkan sehingga kini: AmInvestment Bank Bhd, FSMOne – Bahagian Runcit Dalam Talian iFAST Capital Sdn Bhd, Hong Leong Investment Bank, Malacca Securities, dan Moomoo Securities Malaysia.

Pengenalan Gerbang API ini melengkapkan pelancaran Hab Pemerolehan Bursa Remisier (Bursa Reach) baru-baru ini, platform pemprofilan pertama Malaysia, yang memudahkan hubungan antara pelabur dan wakil peniaga.

— BERNAMA

Tags: APIBursa MalaysiaMuhammad Umar Swiftorganisasi terlibatSistem Depositori Pusat
Share264ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In