• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MSM Malaysia Buat Pemulihan Besar Dengan Mencatat Untung Bersih RM41.71 Juta Pada Suku Pertama

in Catalyst
A A
MSM Laksana Rundingan Berterusan Dengan Kerajaan Semak Semula Harga Siling Gula

Kredit: http://www.msmsugar.com

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — MSM Malaysia Holdings Bhd membuat pemulihan yang besar apabila mencatat keuntungan bersih kepada RM41.71 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 (S1 2024) berbanding kerugian bersih RM35.88 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Hasil turut meningkat 54 peratus kepada RM906.61 juta daripada RM588.39 juta sebelumnya.

Pengeluar ‘Gula Prai’ iaitu jenama gula halus terkemuka negara berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa keuntungan yang lebih tinggi adalah daripada margin yang lebih baik walaupun kos pengeluaran yang lebih tinggi telah meningkat sebanyak 15 peratus didorong oleh harga kontrak hadapan NY11 yang lebih tinggi, kos pengangkutan dan pertukaran asing.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

MSM juga menyatakan bahawa pertumbuhan hasil yang lebih tinggi adalah disebabkan oleh volum jualan keseluruhan yang lebih tinggi, purata harga jualan yang meningkat dan insentif yang diterima untuk pek gula tertentu yang dijual di pasaran domestik.

Syarikat itu turut berkata bahawa ia mencapai faktor penggunaan (UF) yang lebih tinggi sebanyak 52 peratus pada S1 2024, berbanding 42 peratus pada S1 2023 dan terdapat juga peningkatan dalam hasil kecekapan, mencapai 96.3 peratus pada suku dalam tinjauan berbanding 94.2 peratus pada suku yang sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syed Feizal Syed Mohammad berkata MSM telah mencatatkan keuntungan untuk dua suku berturut-turut, walaupun industri gula terus bergelut dengan kos input tinggi yang berpanjangan, dengan kadar pengangkutan terus tidak menentu, diburukkan lagi oleh krisis Laut Merah sejak S1 2024.

“Kos gas asli juga kekal tinggi, dan import gula mentah terjejas oleh ringgit yang lemah. Bagaimanapun, harga gula mentah berada pada paras rendah sedikit disebabkan oleh jangkaan pengeluaran yang lebih baik dari Brazil.

“Namun begitu, kos gula mentah kekal lebih tinggi daripada paras yang pernah diuruskan di bawah 15 sen US sepaun. Oleh itu, terdapat keperluan untuk memastikan industri gula kekal mampan bagi menjamin penggunaan dalam negara,” katanya.

Walaupun berdepan dengan cabaran itu, beliau berkata kumpulan tersebut terus menumpukan kepada perluasan bahagian pasaran domestiknya dengan meluaskan saluran pasaran, meningkatkan jangkauan industri dan menambah titik capaian pengguna, memanfaatkan permintaan yang stabil.

Syed Feizal berkata MSM juga sedang giat mengembangkan pasaran eksportnya daripada 17 negara pada masa ini kepada 25 negara di luar Asia Pasifik dan Asia Selatan ke Afrika, Eropah dan Amerika Utara.

“Pertumbuhan dalam segmen eksport sejajar dengan inisiatif strategik kami untuk mengoptimumkan kapasiti ruang utama kilang penapisan MSM Johor dan meningkatkan jumlah pengeluaran keseluruhan kumpulan. Hasil eksport kami melebihi RM630 juta tahun lepas dengan pertumbuhan tahun ke tahun yang stabil,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: keputusan S1 2024MSMperluasan eksport
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In