• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

MOF Mahu Langkah Berkaitan Pasaran LEAP Baharu Tersedia Awal Tahun Depan

in Saham
A A
AOB Larang Rakan Kongsi Kreston John & Gan Laksana Audit Selama Setahun
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Kementerian Kewangan meminta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat peringkat pertengahan (MTC).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah untuk menggiatkan semula pasaran LEAP perlu tersedia pada awal tahun depan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Dua cabaran utama yang dihadapi oleh PMKS dan MTC adalah kos pengumpulan dana yang tinggi dan kurangnya laluan yang jelas untuk mengakses pasaran awam dan seterusnya (ini menjejaskan) peralihan kepada lembaga berperingkat lebih tinggi,” katanya pada pelancaran Pelan Hala Tuju Lima Tahun SC untuk Memangkin Akses PMKS dan MTC ke Pasaran Modal di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Amir Hamzah menegaskan bahawa pengawal selia pasaran modal perlu mengkaji untuk memperluas kumpulan penasihat penyenaraian bagi menyertakan profesional seperti firma perakaunan dan guaman.

“SC juga perlu meneliti untuk membenarkan kaedah pengiraan alternatif kepada penasihat, seperti pembayaran dalam saham bagi menguruskan keperluan aliran tunai syarikat tersenarai, dengan perlindungan berkesan bagi menguruskan konflik kepentingan,” katanya.

Beliau berkata, adalah penting penelitian bagi mengurangkan risiko pelaburan PMKS dan MTC, dengan Credit Guarantee Corporation akan meneroka dan berbincang dengan lebih banyak platform pembiayaan ekuiti dan pembiayaan rakan setara untuk menawarkan jaminan bagi penyelesaian mereka.

“Diharapkan, lebih banyak produk jaminan dapat dikeluarkan menjelang separuh pertama 2024, selanjutnya mengukuhkan usaha untuk menyediakan akses lebih luas kepada pembiayaan pasaran modal,” katanya.

Amir Hamzah berkata Capital Markets Malaysia selaku rakan sekutu SC, akan mengeluarkan Panduan Sektor Pendedahan Alam Sekitar, Kemampanan dan Tadbir Urus Dipermudah yang menggariskan pendedahan yang dipertingkatkan melibatkan lima sektor penting dalam ekonomi Malaysia.

“Sektor ini adalah tenaga, pengangkutan dan penyimpanan, pembinaan dan hartanah, pertanian dan pembuatan.

“Ini akan memberikan panduan yang diperlukan mengenai pendedahan alam sekitar dan sosial tambahan yang dijangkakan daripada sektor ini, untuk terus berdaya saing dalam rantaian bekalan dan pasaran global,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Amir Hamzah AzizanJohan Mahmood MericanMOFPasaran LEAPSuruhanjaya Sekuriti Malaysia
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In