• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama Bank Islam Naik 9.4% Kepada RM129.17 Juta

in Catalyst
A A
Bank Islam Terbit Sukuk Wakalah Sulung Bernilai RM500 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Bank Islam Malaysia Bhd mencatatkan peningkatan 9.4 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM129.17 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 (S1 2024) berbanding RM118.09 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Keuntungan bersih yang tinggi itu didorong oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi dan peruntukan bersih yang lebih rendah untuk rosot nilai ke atas pembiayaan, diimbangi oleh jumlah overhed yang lebih tinggi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, bank itu berkata hasilnya juga meningkat 3.7 peratus kepada RM1.14 bilion berbanding RM1.10 bilion sebelumnya.

Ia berkata peningkatan dalam pendapatan bersih kumpulan itu disebabkan terutamanya oleh pendapatan berasaskan dana bersih yang lebih tinggi, yang meningkat sebanyak RM26.9 juta atau 5.4 peratus, didorong oleh pertumbuhan tahun ke tahun (y-o-y) bagi pembiayaan dan sekuriti pelaburan.

“Peningkatan itu membantu meningkatkan lapan mata asas dalam margin pendapatan bersih (NIM), mencecah 2.14 peratus untuk S1 2024 berbanding 2.06 peratus yang dicatatkan pada S1 2023.

“Bagaimanapun, pendapatan berasaskan bukan dana kumpulan menurun sebanyak RM16.5 juta atau 15.6 peratus, berpunca daripada pendapatan pelaburan yang lebih rendah dalam tempoh tinjauan,” katanya.

Menurut Bank Islam, peruntukan bersihnya untuk rosot nilai ke atas pembiayaan dan pendahuluan meningkat sebanyak 31.8 peratus kepada RM42.3 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ia berkata jumlah overhed untuk S1 2024 meningkat 4.1 peratus kepada RM371.3 juta berbanding S1 2023 apabila kumpulan itu terus melabur dalam inisiatif modal insan, digital dan teknologi.

“Jumlah aset kumpulan sehingga 31 Mac, 2024 bernilai RM91.0 bilion, dirangsang oleh pertumbuhan dalam sekuriti pembiayaan dan pelaburan, diimbangi oleh pengurangan dalam dana-dana tunai dan jangka pendek. Aset bersih sesaham ialah pada RM3.29,” katanya.

Sementara itu, bank berkenaan menyatakan bahawa pembiayaan kasar meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada RM67.8 bilion, manakala deposit pelanggan dan akaun pelaburan berjumlah RM76.4 bilion.

“Akaun semasa dan simpanan serta akaun pelaburan urus niaga (CASATIA) kekal teguh, berjumlah RM30.6 bilion pada akhir Mac 2024, membentuk 40.1 peratus daripada jumlah akaun deposit pelanggan dan pelaburan.

“Nisbah yang sihat menekankan amalan pengurusan mudah tunai berhemat kumpulan dan keupayaan untuk memenuhi keperluan kewangan asas pelanggannya yang pelbagai,” katanya.

Sehingga 31 Mac, 2024, nisbah pembiayaan terjejas kasar ialah 0.95 peratus dan kekal di bawah purata industri sebanyak 1.62 peratus, manakala jumlah nisbah modalnya kekal kukuh pada 19.6 peratus, tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata bank itu akan terus mengutamakan asas dan memberi tumpuan kepada disiplin kunci kira-kira di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.

Beliau berkata kumpulan itu juga akan secara aktif menyokong pelaksanaan model-model perniagaan baharu untuk mempelbagaikan penyelesaian pelanggan dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang inovatif, bagi membezakan bank itu dalam pasaran yang kompetitif.

“Selain itu, kami menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan berasaskan bukan dana kami dan mempercepatkan pertumbuhan pembiayaan sambil mengembangkan tawaran pengurusan kekayaan dan mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran runcit,” katanya.

Mohd Muazzam menambah bank itu juga akan menumpukan kepada pemupukan pertumbuhan dalam CASATIA, memanfaatkan perkongsian strategik dan mempromosikan transaksi tanpa tunai, terutamanya dalam sektor runcit dan perusahaan kecil dan sederhana.

Melangkah ke hadapan, Bank Islam berkata ia menjangkakan pertumbuhan pendapatan bertambah baik apabila ia mengembangkan volum pembiayaannya, manakala NIM dijangka stabil, disokong oleh usaha berterusan dan pengekalan kadar dasar semalaman.

“Pemusatan strategi bank ialah pengurusan NIM yang teliti, memfokuskan pada pengimbangan semula komposisi pembiayaan. Kedua-dua portfolio runcit dan bukan runcit bersedia untuk memacu pertumbuhan dalam pembiayaan.

“Selain prestasi kewangan, usaha Bank Islam untuk meningkatkan ekonomi hijau membuahkan hasil kerana pembiayaan hijau kami melebihi sasaran awal RM4 bilion menjelang 2025 kepada RM4.59 bilion pada 31 Mac. 2024,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: Bank IslamCASATIAKeputusanNIMpembiayaan hijaupendapatan bersihS1untung
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In