• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Feytech Mula Disenaraikan Di Pasaran Utama Dengan Premium 37.5 Peratus

in Asas Saham
A A
Feytech Holdings Yang Akan Disenarai Di Pasaran Utama Sasar Raih RM114.66 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Pengeluar tempat duduk automotif, Feytech Holdings Bhd mula disenaraikan dengan kukuh di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.10 sesaham, mewakili premium sebanyak 37.5 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 80 sen.

Pada 9.05 pagi, terdapat 24.54 juta saham diniagakan.

Feytech terlibat dalam pembuatan tempat duduk automotif, sarung tempat duduk automotif dan bahagian dalaman seperti hiasan pintu, stereng, tombol gear, pemegang brek tangan dan konsol.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Syarikat itu berjaya meraih sejumlah RM114.66 juta melalui terbitan awam sebanyak 143.32 juta saham biasa baharu.

Daripada jumlah kasar ini, sebanyak RM11.6 juta (10.1 peratus) akan digunakan untuk membeli tanah dan RM21.13 juta (18.4 peratus) untuk membina pejabat korporat baharu dengan kilang pembuatan dan gudang.

Ia akan menyalurkan RM18.76 juta (16.4 peratus) untuk membina kilang pembuatan baharu dan 45.5 peratus atau RM52.18 juta untuk modal kerja. 

Baki hasil sebanyak RM3.0 juta dan RM8.0 juta, masing-masing diperuntukkan untuk pembelian jentera baharu dan perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Eksekutif Go Yoong Chang berkata Feytech giat bekerjasama dengan pelanggan baharu dan sedia ada untuk mengembangkan bahagian pasaran dan pendapatannya.

Ia cuba untuk mendapatkan projek baharu untuk tempat duduk dan sarungnya bagi meningkatkan bahagian pasaran dan pendapatan, katanya pada sidang media selepas penyenaraian syarikat itu hari ini.

Mengenai isu kekurangan tenaga kerja, Go berkata kilang di Kulim akan memberi keutamaan kepada pengambilan pekerja tempatan.

“Di kilang di Kulim, kami mempunyai lebih 20 pekerja asing dan selebihnya warga tempatan. Pada masa depan, kilang 2 dan 3 di Kulim juga akan memberi tumpuan kepada pengambilan pekerja tempatan,” katanya.

Tenaga kerja semasa Feytech termasuklah 203 pekerja tempatan dan 380 pekerja asing.

Mengenai rasionalisasi subsidi bahan api, Go berkata langkah itu akan memberi impak kepada pasaran automotif dalam beberapa cara.

“Bagaimanapun, dasar kerajaan adalah di luar kawalan kami. Apa yang boleh kami lakukan ialah mengurus kos, memberikan perkhidmatan berkualiti dan meneroka pasaran yang lebih luas,” katanya.

Mengenai prospek, Go berkata pasaran tempat duduk dan sarung automotif adalah menggalakkan berdasarkan jangkaan pertumbuhan jangka panjang.

“Oleh itu, prospek syarikat juga akan disokong oleh jualan pelanggan, kedudukan yang kompetitif dan strategi perniagaan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Feytechindustri automotifPasaran Utama
Share225ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In