• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh Tiga Tahun 

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Hari Kedua Berturut-Turut
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.88 mata atau 0.67 peratus kepada 1,627.50 berbanding paras penutup 1,616.62 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 1.66 mata kepada 1,618.28, bergerak antara paras 1,618.28 dan 1,629.81 sepanjang sesi dagangan. 

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 840 berbanding 460, dengan 488 kaunter tidak berubah, 591 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 6.98 bilion unit bernilai RM4.36 bilion berbanding 7.23 bilion unit bernilai RM4.54 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau juga positif, mendapat rangsangan daripada langkah-langkah China untuk menangani krisis hartanahnya dan jangkaan penurunan kadar faedah global. 

“Di bursa tempatan, kami yakin dengan prospek pasaran, mendapat rangsangan daripada penilaian menarik dan aliran masuk dana asing yang berterusan. Selain itu, peningkatan jumlah dagangan harian juga menunjukkan minat yang tinggi dalam pasaran,” katanya kepada Bernama. 

Jumlah perdagangan Malaysia terus mencatatkan prestasi kukuh dan mengekalkan trajektori menaik pada April 2024, merekodkan pertumbuhan dua angka sebanyak 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.

Oleh itu, beliau menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,620-1,640 bagi minggu ini dengan paras rintangan segera pada 1,640 dan paras sokongan pada 1,590.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM9.99, Tenaga Nasional meningkat 18 sen kepada RM12.78 dan CIMB mengukuh tiga sen kepada RM6.84. Petronas Chemicals menokok sembilan sen kepada RM7.09 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.19. 

Dalam kalangan kaunter cergas, Ingenieur susut 1.5 sen kepada lapan sen, Top Glove turun satu sen kepada RM1.19 dan MYEG jatuh dua sen kepada RM1.02. Velesto Energy meningkat setengah sen kepada  29 sen dan Malaysia Building menokok lima sen kepada 94 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 90.36 mata kepada 12,398.54, Indeks FBMT 100 menokok 84.08 mata kepada 11,990.09, dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 120.19 mata kepada 12,642.40.

Indeks FBM ACE menambah 68.31 mata kepada 5,419.53 dan Indeks FBM 70 naik 140.46 mata kepada 17,781.53.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 81.50 mata kepada 17,727.11, the Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.97 mata kepada 197.79, Indeks Perladangan menokok 13.92 mata kepada 7,400.70 dan Indeks Tenaga menambah 12.23 mata kepada 998.18.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 4.56 bilion unit bernilai RM3.86 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM4 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 1.37 bilion unit bernilai RM196.59 juta daripada 1.76 bilion unit bernilai RM248.02 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.04 bilion saham bernilai RM308.79 juta daripada 887.54 juta saham bernilai RM288.02 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 796.69 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.46 bilion), pembinaan (337.41 juta), teknologi (549.16 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (178.02 juta), hartanah (479.66 juta), perladangan (41.34 juta), REITs (26.28 juta), dana tertutup (116,200), tenaga (244.99 juta), penjagaan kesihatan (220.61 juta), telekomunikasi dan media (72.93 juta), pengangkutan dan logistik (67.29 juta), utiliti (76.66 juta), dan amanah perniagaan (1.41 juta).

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak Lengtutup
Share312ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In