• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan awal hari ini walaupun prestasi Wall Street yang bercampur-campur, mengambil petunjuk daripada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif, kata peniaga. 

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.69 mata kepada 1,622.31 daripada 1,616.62 pada Jumaat lepas.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.66 mata kepada 1,618.28.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 411 berbanding 129, dengan 349 kaunter tidak berubah, 1,490 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 451.18 juta unit bernilai RM179.29 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup bercampur-campur dan Dow melepasi paras 40,000. 

Bagaimanapun, katanya pelabur menunggu ucapan pegawai Rizab Persekutuan AS dan data tuntutan pengangguran pada minggu ini untuk memahami hala tuju kadar faedah secara keseluruhannya pada masa depan.

“Secara keseluruhannya, pasaran saham masih dalam sentimen positif berikutan ekonomi terus berkembang pada suku pertama 2024,” katanya.

Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang positif.

“Kami turut menjangka tarif lebih tinggi yang dikenakan oleh AS ke atas produk China akan memberi manfaat kepada syarikat Malaysia berikutan potensi lencongan perdagangan yang lebih tinggi pada masa depan,” katanya.

Firma broker itu percaya sektor berkaitan teknologi dan logam akan mendapat momentum dalam tempoh terdekat hingga sederhana.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan CIMB, masing-masing menambah satu sen kepada RM9.93, RM4.20 dan RM6.82, Tenaga Nasional meningkat 10 sen kepada RM12.70 dan CelcomDigi naik lima sen kepada RM4.11.

Bagi saham aktif, Ingenieur Gudang naik satu sen kepada 10.5 sen, AHB Holdings meningkat setengah sen kepada 16.5 sen manakala Malayan United, EA Holdings dan Iconic Worldwide, masing-masing tidak berubah pada enam sen, setengah sen dan 10.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 52.77 mata kepada 12,360.95, Indeks FBMT 100 meningkat 49.45 mata kepada 11,955.46 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 69.63 mata kepada 12,591.84.

Indeks FBM ACE naik 13.76 mata kepada 5,364.98 dan Indeks FBM 70 melonjak 103.78 mata kepada 17,744.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 35.92 mata kepada 17,681.53, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 1.26 mata kepada 196.08, Indeks Perladangan menambah 24.92 mata kepada 7,411.70, bagaimanapun Indeks Tenaga merosot 0.87 mata kepada 985.08.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaKDNKMalacca SecuritiesWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In