• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Maxis Meningkat Kepada RM353 Juta Pada Suku Pertama 2024

in Catalyst, Saham
A A
Maxis Sasar Pelaburan RM813 Juta Bagi Tingkatkan Kapasiti Rangkaian Mudah Alih
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) — Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 daripada RM320 bagi tempoh sama tahun lepas, dipacu oleh hasil perkhidmatan yang lebih tinggi.

Hasil bagi suku tersebut meningkat 3.0 peratus tahun ke tahun kepada RM2.6 bilion daripada RM2.5 bilion sebelumnya.

Pertumbuhan ini disumbangkan oleh peningkatan 3.3 peratus dalam hasil perkhidmatan untuk perniagaan pengguna dan peningkatan 6.0 peratus untuk perniagaan perusahaan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Selain itu, Maxis juga mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak empat sen sesaham yang akan dibayar pada 24 Jun 2024.

Maxis dalam satu kenyataan hari ini berkata di sebalik pertumbuhan hasil yang kukuh, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan melonjak sebanyak 7.4 peratus tahun kepada RM1.04 bilion apabila margin bertambah baik.

“Perniagaan pengguna Maxis mencatatkan peningkatan sebanyak 3.3 peratus disebabkan oleh hasil pascabayar dan sambungan rumah yang lebih tinggi manakala hasil pascabayar meningkat sebanyak 5.4 peratus, didorong oleh pelbagai tawaran Maxis yang memenuhi setiap segmen.

“Sementara itu, prabayar kekal berdaya tahan walaupun persaingan sengit kerana tawaran yang disesuaikan untuk segmen sasaran membawa kepada pertumbuhan pelanggan,” katanya.

Perniagaan perusahaan Maxis merekodkan pertumbuhan hasil sebanyak 6.0 peratus daripada prestasi sambungan tetap dan penyelesaian perusahaan yang lebih kukuh, katanya.

Syarikat telekomunikasi itu berkata ia terus mengurus perbelanjaan modal dengan cekap dengan memberi tumpuan kepada penciptaan nilai, melabur RM106 juta pada suku tersebut ke dalam pengembangan kapasiti rangkaian, pelancaran gentian dan pendigitalan teknologi maklumat.

“Pendekatan ini adalah komitmen kami untuk menyokong pelancaran 5G negara, ia adalah sejajar sepenuhnya dengan keputusan kerajaan mengenai model penyampaian 5G dan bersedia untuk membina rangkaian 5G yang lain,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Goh Seow Eng berkata prestasi baik pada suku pertama 2024 Maxis mencerminkan strategi pertumbuhan telco bersepadunya.

“Dengan pelaburan tertumpu kami dalam rangkaian dan pendigitalan kami, kami yakin kami akan terus memenuhi keperluan sambungan telekomunikasi pelanggan kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: KeputusanMaxis
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In