• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Naik Pada Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan memberikan harapan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menurunkan kadar faedah tidak lama lagi.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.53 mata kepada 1,604.76 daripada 1,603.23 semalam.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.15 mata kepada 1,604.38.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 231 berbanding 176 dengan 312 kaunter tidak berubah, 1,649 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 297.48 juta unit bernilai RM195.11 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa indeks dijangka meningkat dan berada antara 1,605 dan 1,615 hari ini selepas Wall Street mencatatkan prestasi yang baik semalam.

Dow Jones naik 350 mata manakala Nasdaq menambah 231 mata, didorong oleh saham teknologi dan hasil 10 tahun AS yang merosot kepada 4.344 peratus.

Indeks Harga Pengguna (IHP) AS pada April meningkat 0.3 peratus, di bawah jangkaan untuk kenaikan sebanyak 0.4 peratus, menunjukkan inflasi meneruskan aliran penurunan pada suku kedua.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, minat belian dijangka terhadap sektor teknologi domestik berdasarkan kenaikan di Wall Street.

“AS yang mengenakan tarif lebih tinggi ke atas produk China dijangka memberi manfaat kepada industri sarung tangan, semikonduktor, perkhidmatan pembuatan elektronik dan industri berkaitan logam.

“Kami turut memilih sektor pembinaan, bahan binaan dan hartanah dengan pemangkin domestik seperti projek infrastruktur mega yang sedang dilaksanakan,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, YTL dan Petronas Chemicals, masing-masing naik empat sen kepada RM3.67 dan RM6.85.

YTL Power meningkat lima sen kepada RM5.19, Press Metal naik tiga sen kepada RM5.43 dan Public Bank menambah satu sen kepada RM4.16.

Kaunter sarung tangan terus mendominasi senarai kaunter aktif, tetapi kebanyakannya rendah dengan Top Glove merosot satu sen kepada RM1.25 dan Careplus berkurangan 1.5 sen kepada 36.5 sen. Revenue naik setengah sen kepada 25 sen dan TWL tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 6.13 mata kepada 12,190.82, Indeks FBMT 100 naik 4.12 mata kepada 11,796.64 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 4.42 mata kepada 12,395.12.

Indeks FBM ACE meningkat 29 mata kepada 5,314.69 dan Indeks FBM 70 merosot 22.91 mata kepada 17,389.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 1.42 mata kepada 17,508.26, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.66 mata kepada 193.06 dan Indeks Perladangan susut 2.71 mata kepada 7,382.16.

Indeks Tenaga meningkat 1.02 mata kepada 986.95.

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeThong Pak Leng
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In