• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Sin-Kung Logistics Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Tidak Berubah Berbanding Harga IPO

in Asas Saham
A A
Sin-Kung Logistics Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE,  Tidak Berubah Berbanding Harga IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Penyedia perkhidmatan logistik bersepadu, Sin-Kung Logistics Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 13 sen, tidak berubah daripada harga tawaran awam permulaan (IPO), dengan 26.36 juta saham didagangkan semasa pasaran dibuka.

Pengarah Urusan Alan Ong berkata hasil daripada IPO akan digunakan untuk, antara lain, pembesaran gudang Valdor di Pulau Pinang yang termasuk sistem penyaman udara bagi menyimpan jentera untuk pelanggan dalam industri elektrik dan elektronik (E&E).

“Ini pasti memberi manfaat kepada kami kerana kapasiti gudang semasa akan digandakan kepada 196,000 palet. Beberapa syarikat elektronik telah menghubungi kami bertanya mengenai operasi gudang itu,” katanya pada sidang media di sini.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Sin-Kung Logistics mengumpul RM26 juta daripada IPO, dan daripada jumlah itu RM10 juta akan digunakan untuk membiayai sebahagian pengembangan perniagaan pergudangan dan pengedarannya.

Sejumlah RM2.0 juta pula akan digunakan untuk membeli 100 kenderaan komersial pada 2025 sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengembangkan lagi perniagaan trak dan pengangkutan kontenanya.

Baki hasil akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank berjumlah RM9.6 juta, modal kerja (RM1.1 juta) dan untuk membiayai anggaran perbelanjaan penyenaraian sebanyak RM3.3 juta.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ong berkata syarikat itu bersedia untuk meraih manfaat daripada peningkatan permintaan kargo udara dalam keadaan gangguan penghantaran laut di Laut Merah dan industri e-dagang yang berkembang pesat.

Beliau berkata permintaan terhadap perkhidmatan trak Sin-Kung dijangka meningkat seiring dengan pertambahan ketara permintaan terhadap kargo udara yang kurang tidak menentu  dan akan menawarkan perkhidmatan yang lebih pantas dan lebih dipercayai, berbanding dengan laluan perkapalan tradisional.

Ong berkata kebangkitan pesat e-dagang selepas COVID-19, gangguan perkapalan lautan dan kepelbagaian rantaian bekalan adalah antara pemacu utama permintaan kargo udara dalam pasaran semasa, kerana pihaknya memberi perkhidmatan kepada kira-kira 50 syarikat penerbangan di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Syarikat itu berada pada kedudukan yang baik untuk mendapatkan lebih banyak kontrak susulan perkhidmatan perantara jalan lapangan terbang ke lapangan terbang meliputi lapangan terbang yang luas di rantau ini.

Sin-Kung Logistics memiliki dan mengendalikan 461 kenderaan komersial untuk penyediaan trak, pengangkutan kontena, pergudangan dan pengedaran serta perniagaan berkaitan logistik lain.

“Dengan memiliki dan mengendalikan rangkaian kenderaan komersial yang luas dan pelbagai untuk menyokong perkhidmatan kami, kami mempunyai kawalan yang lebih besar terhadap operasi dari segi ketersediaan perkhidmatan, penghantaran dan penjadualan, yang membolehkan kami memastikan barangan pelanggan dihantar tepat pada masanya. mengikut jadual dan tahap kualiti perkhidmatan yang diperlukan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaLogistikPasaran ACE MarketSin-Kung Logistics
Share252ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

6 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

7 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In