• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang penting dari Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.53 mata kepada 1,606.41 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.

Indeks barometer dibuka rendah 0.13 mata kepada 1,605.75.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 229 berbanding 141 manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,671 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.   

Jumlah dagangan sebanyak 311.67 juta unit bernilai RM149.0 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mengekalkan kekuatannya melebihi paras 1,600, disokong oleh belian saham mewah yang berterusan.

“Hari ini, kami menjangka penyertaan dagangan akan sama dengan hari sebelumnya berikutan pelabur menunggu data IHP dari AS,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, indeks dijangka berada dalam julat 1,600 hingga 1,610 sekali lagi, katanya.

Sementara itu, harga minyak mentah rendah, dengan minyak mentah Brent kini diniagakan pada US$82 setong berikutan inventori AS yang meningkat.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot dua sen kepada RM9.86, Public Bank kekal tidak berubah pada RM4.17, CIMB naik dua sen kepada RM6.81, TNB kekal pada RM12.44 manakala Petronas Chemicals merosot tiga sen kepada RM6.94.

Sin-Kung Logistics muncul sebagai kaunter paling aktif, naik setengah sen kepada 13.5 sen, diikuti Top Glove, yang menambah 11 sen kepada RM1.07. TWL kekal tidak berubah pada 2.5 sen dan Jaks Resources merosot setengah sen kepada 12.5 sen.

Sementara itu, bursa telah meluluskan permohonan MAHB untuk penggantungan dagangan semua sekuriti syarikat, berkuat kuasa dari 9 pagi hingga 5 petang hari ini, sementara menunggu pengumuman dibuat.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 27.37 mata kepada 12,164.50, Indeks FBMT 100 meningkat 27.27 mata kepada 11,768.44 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 29.44 mata kepada 12,361.78.

Indeks FBM 70 melonjak 135.32 mata kepada 17,183.56 manakala Indeks FBM ACE naik 10.09 mata kepada 5,334.50.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.29 mata kepada 193.75  manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 4.94 mata kepada 17,526.13, Indeks Perladangan susut 23.85 mata kepada 7,410.74 dan Indeks Tenaga berkurangan 0.37 mata kepada 985.50.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCI
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In