• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Dagangan Bursa Malaysia rendah pada sesi awal Selasa, mencerminkan prestasi bercampur-campur Wall Street disebabkan ketidaktentuan dalam petunjuk ekonomi dengan pendapatan korporat yang menggalakkan dijangka meningkatkan bursa tempatan hari ini, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.63 mata kepada 1,602.30.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 219 berbanding 144 manakala 350 kaunter tidak berubah, 1,632 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.   

Jumlah dagangan sebanyak 316.54 juta unit bernilai RM127.42 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata keadaan pasaran dijangka kekal kukuh apabila pengumpulan saham berlaku secara berterusan.

Beliau menjangkakan indeks akan berlegar antara julat 1,600 hingga 1,610 hari ini.

“”Kami juga mendapati pendapatan yang dilaporkan setakat ini adalah menggalakkan dan harus bertindak sebagai permulaan untuk pendapatan lebih kukuh pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama.

Sime Darby mendahului dalam saham berwajaran tinggi, menambah empat sen kepada RM2.87 diikuti oleh YTL Power, meningkat tiga sen kepada RM4.95 manakala TNB melonjak empat sen kepada RM12.44.

Sebaliknya, bagi kaunter berwajaran indeks komposit tertinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM9.84, Public Bank turun satu sen kepada RM4.17 manakala IHH merosot tiga sen kepada RM6.28.

Bagi saham aktif, waran MMAG menambah dua sen kepada 17.5 sen manakala saham melonjak 0.5 sen kepada 38 sen.

Pasaran ACE Farm Price naik 16 sen kepada 40 sen, PA Resources peroleh 2.5 sen pada 36 sen manakala Iconic Worldwide tidak berubah pada 11.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 5.36 mata kepada 12,123.66, Indeks FBMT 100 meningkat 0.43 mata kepada 11,723.54 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 9.12 mata kepada 12,318.08.

Indeks FBM 70 melonjak 34.59 mata kepada 17,076.59 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 8.02 mata kepada 5,259.47.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 21.56 mata kepada 17,534.08, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.01 mata kepada 192.67, Indeks Perladangan menambah 2.96 mata kepada 7,427.13 dan Indeks Tenaga naik 6.91 mata kepada 984.76.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten Trade
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In