• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

ADTV Bursa Malaysia Melonjak 42 Peratus Kepada RM2.9 Bilion Dalam Tempoh Empat Bulan Pertama 2024

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama

Kredit: MEDIA MULIA

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Purata nilai dagangan harian (ADTV) Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2024, menunjukkan kerancakan pasaran ekuiti tempatan sejak awal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd Datuk Muhamad Umar Swift berkata bagi minggu ini sahaja, permodalan pasaran tempatan mencecah rekod tertinggi sebanyak RM2 trilion dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melepasi 1,600 mata buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Beliau berkata prestasi syarikat senaraian baharu di bursa saham tempatan pada 2024 juga agak kukuh, dengan majoriti daripada 13 syarikat senaraian baharu setakat ini bagi tahun ini, menutup dagangan mengatasi harga tawaran awam permulaan (IPO) mereka setakat akhir April 2024.

“Malah, lima daripada IPO menikmati kenaikan harga lebih 50 peratus,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Pasaran Bursa 2024 yang diadakan selama dua hari di Pusat Beli-belah Suria Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Muhamad Umar berkata perkembangan yang baik itu menjadikan pasaran saham tempatan lebih menarik untuk orang ramai menyertai pasaran modal, meningkatkan kekayaan dan menjadi sebahagian daripada ekonomi negara yang semakin berkembang.

Beliau berkata walau bagaimanapun, hanya kira-kira 50,000 orang dewasa atau 1.5 peratus daripada lebih tiga juta penduduk di Sabah, telah membuka akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) untuk mengakses peluang pelaburan dalam sekuriti di bursa.

“Ini menandakan kurangnya pengetahuan dalam kalangan penduduk Sabah mengenai peluang pelaburan yang disediakan bursa,” katanya.

Beliau berkata bagi membantu rakyat Sabah memulakan atau mempelbagaikan strategi mereka untuk melabur demi masa depan, Pameran Pasaran Bursa 2024 mengetengahkan bicara pengetahuan mengenai perancangan kewangan yang berkesan dan penciptaan kekayaan, untuk memenuhi keperluan kewangan mereka.

Pameran Pasaran Bursa 2024 yang bertemakan ‘Invest Today, Harvest Tomorrow’ adalah antara program pendidikan pelabur Bursa Malaysia yang bertujuan menggalakkan celik kewangan dengan pengetahuan mengenai peluang pelaburan dalam pelbagai jenis aset yang ditawarkan Bursa Malaysia seperti saham, dana dagangan bursa, waran berstruktur, derivatif dan emas.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMuhamad Umar SwiftPameran Pasaran Bursa 2024Phoong Jin Zhe
Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In