• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

IPO Farm Price Catat Lebihan Langganan Sebanyak 91.35 Kali

in Asas Saham
A A
IPO Farm Price Catat Lebihan Langganan Sebanyak 91.35 Kali
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) — Tawaran awam permulaan (IPO) Farm Price Holdings Bhd (Farm Price) telah mencatatkan lebihan langganan sebanyak 91.35 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 14 Mei depan.

Farm Price dalam satu kenyataan berkata ia telah menerima sejumlah 16,647 permohonan untuk 2.078 bilion saham bernilai kira-kira RM498.66 juta bagi 22.50 juta saham yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.

“Bagi bahagian Bumiputera, kami menerima 9,895 permohonan untuk 1.031 bilion saham, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 90.61 kali.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Bagi bahagian awam pula, 6,752 pemohon mengemukakan permintaan untuk 1.047 bilion saham menyebabkan kadar lebihan langganan sebanyak 92.08 kali,” katanya.

Dalam pada itu, 11.250 juta saham yang tersedia untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat telah dilanggan sepenuhnya.

Sementara itu, penempatan persendirian sebanyak 68.250 juta saham dan 33 juta saham tawaran yang disediakan untuk permohonan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih juga telah ditempatkan sepenuhnya.

Notis peruntukan akan diposkan kepada semua pemohon yang berjaya pada 10 Mei 2024.

Alliance Islamic Bank Bhd adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO syarikat itu.

— BERNAMA

Tags: Farm PriceIPOpasaran ACE
Share244ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In