• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Kucingko, Studio Animasi Pertama Malaysia Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE

in Asas Saham
A A
Kucingko, Studio Animasi Pertama Malaysia Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Kucingko Bhd akan menjadi studio produksi animasi pertama bakal disenaraikan di Pasaran ACE selepas menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Penyedia perkhidmatan pengeluaran animasi itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu akan melibatkan terbitan 200 juta saham biasa, merangkumi 40 peratus daripada jumlah saham terbitan yang diperbesarkan bahagian yang sama sebanyak 100 juta saham setiap satu tersedia di bawah terbitan awam dan tawaran untuk dijual.

Pengarah Eksekutif Kumpulan See Chin Joo berkata IPO itu akan membolehkan kumpulan itu mengambil pekerja berkemahiran atau bakat baharu dari Sabah dan Sarawak untuk melengkapkan 260 artis (pelukis) sedia ada di pejabatnya di Kelana Jaya, Selangor dan sebahagian besar akan diperuntukkan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan menubuhkan pejabat cawangan di dua negeri tersebut.

Beliau berkata pengembangan itu bukan hanya mengenai kapasiti tetapi juga mengenai memperkukuhkan lagi hubungan perniagaan syarikat itu dengan pelanggan sedia ada dan meningkatkan rangkaian pelanggan di Amerika Syarikat (AS).

“Memperoleh kelulusan IPO di Pasaran ACE adalah satu kejayaan besar kerana ia akan menjadi studio produksi animasi pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Menerusi hasil daripada IPO itu, Kucingko merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya, mengembangkan rangkaian perniagaannya di AS dan memperkukuhkan pasaran syarikat sekali gus meningkatkan nilai pemegang saham,” katanya.

Susulan keperluan ini, beliau berkata sebahagian daripada hasil berkenaan akan digunakan secara strategik untuk menubuhkan pejabat jualan dan pemasaran di AS, membolehkan mereka lebih dekat dengan pasaran terbesar tersebut dan memudahkan pengurusan serta hubungan dengan pelanggan yang lebih baik.

“Akhir sekali, baki bahagian hasil akan diperuntukkan untuk keperluan modal kerja kami,” katanya.

Kucingko melalui anak syarikat milik penuhnya Inspidea Sdn Bhd berbangga dengan penghasilan animasi 2D termasuk siri animasi dan filem pendek animasi.

Inspidea menyiapkan sebanyak 59 projek bernilai RM63.22 juta secara keseluruhannya sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, 2021, 2022 dan tempoh kewangan enam bulan berakhir 30 Jun 2023, dengan lebih 4,617 minit kandungan yang menarik perhatian penonton di seluruh dunia.

Kumpulan itu memperoleh hampir 100 peratus pendapatannya daripada menyediakan perkhidmatan pengeluaran animasi terutamanya di pasaran antarabangsa termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik.

Kenanga Investment Bank Berhad adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO itu.

— BERNAMA

Penafian: Status syariah IPO ini masih belum diketahui.

Tags: Bursa MalaysiaIPOKucingkopenyenaraianSee Chin Joo
Share268ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In