• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Kawan Renergy Sasar Kumpul RM33 Juta Melalui IPO

in Asas Saham
A A
Kawan Renergy Sasar Kumpul RM33 Juta Melalui IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Penyedia penyelesaian kejuruteraan Kawan Renergy Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities pada 29 Mei, 2024 menyasarkan untuk meraih RM33 juta menerusi pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO).

Pengarah Urusannya Lim Thou Lai berkata kumpulan itu berhasrat menggunakan hasil yang diraih untuk pembelian peralatan proses industri bagi memanfaatkan permintaan masa depan.

“Kami merancang untuk memperuntukkan sebahagian besar hasil IPO berjumlah RM15 juta (45.5 peratus) bagi menambah modal kerja projek loji penjanaan bersama yang sedang berjalan dan masa hadapan seiring dengan jangkaan pertumbuhan perniagaan kami,” katanya semasa pelancaran prospektus syarikat itu di sini hari ini.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Lim berkata baki akan digunakan untuk membeli jentera tambahan bernilai RM500,000 (1.5 peratus), RM2.5 juta (7.6 peratus) untuk meningkatkan pengeluaran output loji Bercham, loji jana kuasa biogas tapak pelupusan di Perak.

Di samping itu, sebanyak RM5 juta (15.1 peratus) lagi akan dilaburkan untuk membina loji kuasa biojisim dua megawatt (MW) baharu bagi meningkatkan penjanaan kuasa dan jualan perniagaan elektriknya.

“Baki daripada hasil IPO sebanyak RM10 juta atau 30.3 peratus akan diperuntukkan untuk pembayaran balik pinjaman bank dan membiayai perbelanjaan penyenaraian,” katanya.

Selepas penyenaraian itu, Kawan Renergy akan mempunyai permodalan pasaran berjumlah RM165 juta, berdasarkan modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 550 juta saham dan harga IPO sebanyak 30 sen sesaham.

IPO itu terdiri daripada terbitan awam 110 juta saham biasa baharu, mewakili 20 peratus daripada modal saham diperbesarkan dan tawaran untuk jualan sebanyak 34.5 juta saham sedia ada atau 6.3 peratus daripada modal saham diperbesarkan kepada pelabur terpilih melalui tawaran saham persendirian.

Daripada 110 juta saham baharu, sebanyak 27.5 juta saham untuk orang ramai melalui undian.

Sebanyak 19.3 juta saham diperuntukkan untuk pengarah dan pekerja yang layak serta mereka yang menyumbang kepada kumpulan manakala baki 63.2 juta saham untuk pelabur bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

M&A Securities adalah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO itu.

Permohonan IPO dibuka bermula hari ini dan ditutup pada 5 petang, 14 Mei.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaKawan Renergy BhdLim Thou Laipasaran ACEtawaran awam permulaan IPO
Share248ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In