• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Kenaikan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, meneruskan kenaikan, seiring dengan negara serantaunya, mengambil petunjuk daripada prestasi kukuh Wall Street semalaman dalam persekitaran pendapatan korporat yang positif, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.92 mata lebih tinggi kepada 1,583.58.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 182 berbanding 167, manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,686 kaunter tidak diniagakan dan 74 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 166.42 juta unit bernilai RM105.10 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street meneruskan aliran menaik dirangsang oleh laporan pendapatan korporat yang kukuh dengan Tesla menjadi faktor utama selepas ia melepasi halangan pertama untuk teknologi pemanduan kendiri sepenuhnya di China.

Bagaimanapun, perubahan antara saham-saham teknologi adalah ketara dengan pendapatan McDonald, Coke dan Amazon masih belum diumumkan.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) naik 146 mata manakala Nasdaq meningkat 55 mata apabila hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.612 peratus, katanya.

Di Hong Kong, beliau berkata Indeks Hang Seng naik 96 mata, peningkatan hampir 19 peratus daripada paras terendah tahunan setakat ini pada pertengahan Januari, pemulihan pasaran sebahagian besarnya adalah disebabkan langkah baharu China untuk meningkatkan sentimen serta pendapatan korporat yang bertambah baik.

“Di pasaran tempatan, FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi setakat ini yang disokong oleh pembelian berasaskan saham mewah namun saham perbankan bukan menjadi pilihan.

“Kami percaya ini menawarkan peluang yang baik untuk membeli beberapa saham perbankan kerana minat akan kembali kepada sektor itu. Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,580-1,590,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM9.77, CIMB melonjak tujuh sen kepada RM6.68, dan IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM6.38, manakala Public Bank turun satu sen kepada RM4.17 dan Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM11.88.

Bagi saham aktif, MKH Oil Palm naik 2.5 sen kepada 64.5 sen, Cypark melonjak sembilan sen kepada RM1.03, dan KGW Group menambah dua sen kepada 21 sen.

Harvest Miracle dan Ekovest masing-masing tidak berubah pada 11.5 sen dan 44.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 13.89 mata kepada 11,014.91; Indeks FBMT 100 menambah 11.81 mata kepada 11,547.07; Indeks FBM 70 jatuh 20.93 mata kepada 16,580.56; Indeks FBM ACE merosot 0.11 mata kepada 5,091.99 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 8.27 mata kepada 12,076.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 45.51 mata kepada 17,318.91; Indeks Tenaga turun 2.81 mata kepada 972.58; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.19 mata kepada 188.77 manakala Indeks Perladangan merosot 29.88 mata kepada 7,429.39.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In