Setelah beberapa minggu sunyi tanpa IPO, kini IPO baru kembali lagi dengan Sin-Kung Logistics Berhad merupakan IPO terbaharu yang boleh dipohon. IPO ini mungkin bakal menarik perhatian ramai kerana harganya yang murah. Namun, harus diingatkan bahawa harga IPO yang murah tidak menjamin harganya akan naik. Pelabur perlu membuat kajian dan penilaian sebelum memohon sebarang IPO.
Sebelum itu, Nak Buka Akaun CDS Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Mudah Ini
Jika anda sudah mempunyai akaun CGS International, anda bolehlah memohon IPO ini melalui CGSI eIPO.
IPO Sin-Kung Logistics Berhad dilancarkan pada 18 April 2024.
1. Latar Belakang Syarikat & Model Perniagaan
Sin-Kung Logistics Berhad merupakan penyedia perkhidmatan logistik bersepadu. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pengangkutan kontena, perkhidmatan pergudangan dan pengedaran serta perkhidmatan berkaitan logistik lain.
2. Tarikh-Tarikh Penting
Tarikh pembukaan bagi IPO yang berharga 13 sen seunit ini adalah bermula dari 18 April 2024 dan ditutup pada 2 Mei 2024. Rasanya masa yang panjang ini mencukupi bagi anda untuk membuat keputusan.
Tarikh cabut undi pula adalah 6 Mei 2024 dan IPO ini akan dikreditkan ke dalam akaun CDS pelabur yang berjaya pada 13 Mei 2024. Sin-Kung Logistics Berhad bakal disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 15 Mei 2024.
3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan
Sin-Kung Logistics menerbitkan 200 juta saham baru.
Daripada 200 juta saham baharu itu, 60 juta akan diperuntukkan kepada orang awam Malaysia melalui undian saham, 45 juta saham kepada pengarah, pekerja dan orang yang layak yang menyumbang kepada kejayaan kumpulan Sin-Kung Logistics, manakala baki 95 juta adalah untuk tawaran saham persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Bagi tawaran jualan, 55 juta saham dikhaskan untuk tawaran saham persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI, manakala baki 48.5 juta saham akan diperuntukkan melalui tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih. Selepas disenaraikan, Sin-Kung Logistic dianggarkan mempunyai 1.2 bilion unit saham dan modal pasaran sebanyak RM156 juta.
4. Kegunaan Dana IPO
Dana RM26 juta yang dikumpul daripada tawaran awam permulaannya (IPO) bakal digunakan untuk membiayai pengembangan perkhidmatan pergudangan dan pengedarannya, membayar pinjaman bank, membeli kenderaan perdagangan, modal kerja dan membiayai kos penyenaraian.
5. Segmen Pendapatan
Berdasarkan prospektus, perkhidmatan trak merupakan penyumbang terbesar pendapatan Sin-Kung Logistics. Lebih 70% pendapatan datangnya dari segmen ini.
Manakala jika dilihat dari sudut geografi pula, sebahagian besar pendapatan datangnya dari perniagaan di dalam negara. Sin-Kung Logistics turut beroperasi di luar negara tetapi tidaklah menyumbang terlalu besar dalam pendapatan syarikat. Hanya Singapura sahaja yang menyumbang sekitar 20% dari keseluruhan pendapatan syarikat.
6. Pendapatan Syarikat Terkini
Dalam sesebuah prospektus, amat penting untuk kita menyemak penyata kewangan syarikat untuk tahu sama ada kewangan syarikat berada pada prestasi yang memuaskan. Pendapatan syarikat dari tahun 2020 – 2023 adalah sekitar RM43 juta sehingga RM56 juta. Jika dilihat peratusan margin keuntungan selepas cukai adalah sekitar 20%. Namun peratusan margin keuntungan pada tahun lepas menyusut kepada 12.3% sahaja.
7. Kelebihan Sin-Kung Logistics Berhad
- Penyediaan perkhidmatan antara lapangan terbang yang luas di seluruh Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand
- Memiliki dan mengendali rangkaian kenderaan komersial yang luas dan pelbagai
- Kami menyediakan perkhidmatan berkaitan logistik yang komprehensif yang melengkapkan perniagaan trak dan memberikan kecekapan dan kemudahan yang lebih besar kepada pelanggan
- Mempunyai 30 tahun pengalaman dalam industri logistik dan pergudangan
- Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dalaman untuk memastikan penggunaan kapasiti kenderaan komersial yang cekap akibat daripada pengurangan masa henti kenderaan komersial
- Diberikan status Pengendali Ekonomi Dibenarkan (AEO) oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia Malaysia
- Mempunyai Pengarah Urusan, Pengarah Eksekutif dan pengurusan kanan utama yang berpengalaman dengan pengalaman industri yang besar.
8. Penilaian Syarikat
Nisbah Price Earnings (PE) Sin-Kung adalah 24.3x. Contoh syarikat tersenarai Bursa Malaysia yang menjalankan perniagaan serupa adalah seperti Swift Haulage, Tri-Mode, FM Global dan banyak lagi. Senarai syarikat-syarikat tersebut adalah seperti di bawah.
Berikut merupakan nilai PE semasa syarikat-syarikat tersebut.
Syarikat | Nilai PE |
Swift Haulage Berhad | 6.93 |
Tri-Mode System Berhad | 23.18 |
Tiong Nam Logistics Holdings Berhad | 5.40 |
FM Global Logistics Holdings Berhad | 9.69 |
CJ Century Logistics Holdings Berhad | 16.67 |
Xin Hwa Holdings Berhad | Tiada (Mengalami kerugian) |
KGW Group Berhad | Tiada (Mengalami kerugian) |
AGX Group Berhad | Tiada data |
Jika dibandingkan nilai nisbah PE Sin-Kung, nilai PE syarikat ini agak tinggi berbanding dengan pesaing yang lain. Ini boleh memberi petanda bahawa harga IPO Sin-Kung adalah lebih mahal berbanding pendapatan yang dijana syarikat.
9. Polisi Dividen Syarikat
Buat masa ini, syarikat tidak mempunyai polisi dividen. Meskipun pihak syarikat mempunyai niat untuk membayar dividen kepada para pemegang saham, ia akan bergantung kepada beberapa faktor terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
10. Status Syariah
IPO Sin-Kung Logistics Berhad berstatus patuh syariah menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Kesimpulan
Berdasarkan maklumat di atas adakah anda rasa IPO ini berbaloi untuk dipohon? Semoga semua pembaca membuat penilaian sebelum memohon IPO ini dan juga semua IPO yang akan datang. Penilaian anda juga perlu berdasarkan objektif pelaburan anda sama ada anda ingin menjual di hari pertama atau ingin menyimpan saham tersebut untuk tempoh yang lebih panjang.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!