• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Pada Sesi Awal, Jejak Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan peningkatannya pada sesi awal dagangan Selasa, seiring dengan prestasi semalaman Wall Street apabila sentimen pulih susulan kenyataan Iran yang tidak berhasrat melanjutkan konflik dengan Israel, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.22 mata kepada 1,559.81.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 232 berbanding 132 manakala 273 kaunter lain tidak berubah, 1,737 tidak diniagakan dan 22 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 289.47 juta unit bernilai RM117.85 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen lebih positif itu menyaksikan Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) melonjak 253 mata manakala Nasdaq naik 169 mata selepas hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) menguncup kepada 4.611 peratus.

Indeks Hang Seng Hong Kong pula melonjak hampir 290 mata selepas pihak pengawal selia China bertindak memperkenalkan beberapa pembaharuan pasaran dalam usaha meningkatkan status bandar raya itu sebagai hab kewangan antarabangsa.

“Kami menjangkakan ini akan disusuli dengan beberapa aktiviti memburu saham berharga rendah oleh dana asing selepas mencatat aliran keluar dana sejak beberapa minggu lepas.

“Sehubungan itu, kami percaya indeks berkenaan akan cenderung kepada peningkatan selepas pemulihan semalaman ekuiti AS dan menjangkakan ia berlegar dalam lingkungan 1,555-1,570 hari ini,” katanya.

Thong berkata pengumuman beberapa data penting AS seperti pendapatan korporat, keluaran dalam negara kasar perbelanjaan penggunaan peribadi untuk Mac minggu ini, juga penting bagi pendirian Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 3.0 sen kepada RM9.77, Public Bank meraih 1.0 sen kepada RM4.21, CIMB menokok 5.0 sen kepada RM6.67, Tenaga Nasional meningkat 2.0 sen kepada RM11.66 dan Petronas Chemicals untung 4.0 sen kepada RM6.85. 

Bagi saham aktif, Topmix yang mula disenaraikan di Pasaran ACE hari ini, melonjak 13.0 sen kepada 44 sen, Sapura Energy naik setengah sen kepada 5.0 sen, Reneuco menambah 1.5 sen kepada 10.5 sen dan Ingenieur Gudang menokok setengah sen kepada 14.5 sen manakala Iconic Worldwide susut 1.5 sen kepada 9.0 sen.  

Indeks FBM Emas meningkat 35.74 mata kepada 11,719.36, Indeks FBMT 100 naik 33.70 mata kepada 11,363.94, Indeks FBM 70 melonjak 57.15 mata kepada 16,212.08, Indeks FBM ACE meraih 24.63 mata kepada 4,953.97 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 41.06 mata kepada 11,876.47.

Bagi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.70 mata kepada 185.78, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 48.48 mata kepada 17,317.77, Indeks Tenaga meningkat 1.07 mata pada 973.19 dan Indeks Perladangan meraih 10.14 mata kepada 7,426.33.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIranRakuten Tradesesi awalThong Pak LengWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In