• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Iconic Sasar Kadar Pembelian 70 Peratus Bagi Projek Iconic Harmony

in Catalyst
A A
Unit Iconic Sasar Kadar Pembelian 70 Peratus Bagi Projek Iconic Harmony
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

BUKIT MERTAJAM, 20 April (Bernama) — Unit milik penuh Iconic Worldwide Bhd, Iconic Maison Sdn Bhd menyasarkan kadar pembelian melebihi 70 peratus bagi pembangunan kediaman yang baru dilancarkan, Iconic Harmony, dengan nilai pembangunan kasar (NPK) RM300 juta susulan permintaan tinggi daripada pembeli.

Pengerusi Eksekutif Iconic Worldwide Datuk Seri Tan Kean Tet berkata projek itu meraih minat yang tinggi daripada pembeli memandangkan harganya yang mampu milik ditambah dengan penekanan syarikat terhadap kualiti bagi semua produknya.

Beliau berkata projek itu akan menawarkan 751 rumah mampu milik pegangan bebas dalam bangunan 36 tingkat, dengan setiap unit kediaman menyediakan ruang seluas 900 kaki persegi, termasuk tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Projek ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM280,000 dan seterusnya. Kami juga menawarkan pakej berperabot lengkap supaya pembeli tidak perlu membayar sejumlah besar wang tunai untuk pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman semasa pengambilan kunci kerana akan dimasukkan dalam pinjaman mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran awal projek itu di sini pada Sabtu.

Menurut kenyataan selepas pelancaran itu, projek Iconic Harmony yang terletak di Alma, Bukit Mertajam dan dijangka siap pada suku pertama 2028 itu kini dibuka untuk tempahan.

“Sebagai pembangunan hartanah ‘mewah mampu milik’, Iconic Harmony mengetengahkan lebih 30 kemudahan termasuk kolam infiniti, taman permainan air kanak-kanak, gelanggang bola keranjang separuh gelanggang, jakuzi, kawasan hijau yang subur, kawasan rekreasi, bilik gim yang canggih dan hab komuniti,” jelas syarikat itu.

Tan berkata Iconic Maison mengadakan pelancaran awal dengan jayanya hari ini apabila komponen runcit projek itu, yang meliputi 16 lot kedai dua tingkat, habis dijual dalam masa lima minit.

“Permintaan tinggi untuk unit komersial membawa kepada proses pemilihan yang kompetitif.

“Berdasarkan sambutan positif yang kami terima semasa pelancaran unit pameran kami bulan lepas, kami menjangkakan ini menjadi antara projek kami yang paling berjaya,” katanya.

Iconic Harmony terletak secara strategik di persimpangan Jalan Rozhan dan Jalan Alma, hanya beberapa minit dari rangkaian kedai makanan dan minuman, bank, pasar basah, sekolah, Hospital Bukit Mertajam dan beberapa pasar raya seperti Pusat Beli-belah Aeon dan Pasar Raya Besar Lotus’s.

— BERNAMA

Tags: hartanahIconic HarmonyIconic MaisonIconic WorldwidepembangunanTan Kean Tet
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In