• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Scientex Sasar Sedia 50,000 Rumah Mampu Milik Pada 2028

in Catalyst
A A
Untung Bersih Scientex Melonjak 32.7 Peratus Kepada RM141.01 Juta Bagi Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

TASEK GELUGOR, 20 April (Bernama) — Pemaju hartanah Scientex Bhd (Scientex) menyasar untuk menyediakan 50,000 unit rumah berkualiti pada harga berpatutan di seluruh negara pada 2028.

Pengurus Besar Projek Bahagian Hartanah Tang Song Teik berkata setakat ini Scientex telah menyerahkan 35,062 unit rumah dalam kategori itu dengan kira-kira 70 peratus daripadanya dijual pada harga di bawah RM300,000.

“Fungsi rumah bukan sekadar memberikan perlindungan atau tempat tinggal malah juga membuka peluang untuk memperkukuh hubungan keluarga dan gaya hidup yang sihat, sejajar dengan slogan Scientex iaitu sihat, mesra dan gembira,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran bagi projek perumahan Scientex Sungai Dua di galeri jualan Scientex Sungai Dua di sini, pada Sabtu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sebanyak 31 individu menerima surat tawaran yang diserahkan Exco Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang Datuk Seri S. Sundarajoo dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP⁠) Nadzifah Abd Rahim.

Tang berkata Scientex Sungai Dua merupakan projek pembangunan campuran kedua di Pulau Pinang yang terletak daerah Seberang Perai Utara (SPU) selepas Scientex Tasek Gelugor.

Projek di atas tanah milik kekal berkeluasan 138 hektar itu merangkumi pembinaan 5,760 unit hartanah termasuk rumah teres dua tingkat, pejabat kedai, taman rekreasi, dewan serbaguna, sekolah, pasar, masjid dan kemudahan komuniti lain, katanya.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina lebih banyak rumah mampu milik sejajar komitmen Scientex dan juga hasrat kerajaan negeri.

Sehingga kini, syarikat itu mempunyai simpanan tanah seluas 3,729 hektar di 31 lokasi utama.

Tang berkata Scientex telah memperluas jangkauan perniagaan dari selatan Johor hingga ke Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Kedah.

“Kini, Scientex mengorak langkah ke Bangkok, Thailand dan Jakarta, Indonesia menerusi projek usaha sama untuk menembusi pasaran hartanah rumah mampu milik di luar negara, berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam membina rumah mampu milik,” katanya.

Sementara itu, Sundarajoo memuji usaha Scientex dalam menawarkan rumah pada harga rendah bermula RM220,000 kepada penduduk di Pulau Pinang.

Beliau berkata kerajaan negeri amat prihatin dengan masalah dan keperluan perumahan di Pulau Pinang justeru, akan berusaha memohon lebih banyak peruntukan daripada kerajaan Persekutuan untuk pembinaan rumah mampu milik bagi memastikan lebih ramai penduduk memiliki rumah sendiri.

— BERNAMA

Tags: hartanahrumah mampu milikS.SundarajooScientexTang Song Teik
Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In