• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Keyfield Memulakan Penyenaraian Dengan Premium 80 Sen Berbanding Harga IPO

in Asas Saham, Catalyst
A A
Keyfield Memulakan Penyenaraian Dengan Premium 80 Sen Berbanding Harga IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Keyfield International Bhd memulakan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini dengan mencatat premium menakjubkan sebanyak 80 sen atau 89 peratus berbanding harga tawaran awam permulaannya pada 90 sen.

Pada loceng pembukaan, kaunter saham itu menyaksikan 18.66 juta saham bertukar tangan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Darren Kee Chit Huei berkata harga pembukaan mengesahkan terlebih langganan sahamnya, menunjukkan keyakinan orang ramai yang melabur dalam Keyfield dan industri kapal sokongan luar pesisir, terutamanya untuk kapal-kapal penginapan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Beliau berkata dana yang diperoleh akan digunakan untuk mengurangkan pinjaman syarikat “sambil kita mengorak langkah ke hadapan ke lembaran baharu untuk peluang pertumbuhan masa hadapan.”

 “Lonjakan dalam aktiviti luar pesisir yang dijangka, ditambah dengan bekalan terhad kapal yang sesuai dalam industri, memberi petanda baik untuk pemain-pemain kapal penginapan luar pesisir tempatan.

“Dengan armada kami yang terdiri daripada 11 kapal dan akses kepada kapal-kapal pihak ketiga, Keyfield berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong industri minyak dan gas tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keyfield memperoleh RM188.1 juta daripada pelaksanaan IPOnya, yang mana RM61.5 juta akan digunakan untuk menebus saham-saham keutamaan tidak boleh tukar boleh tebus kumulatif Keyfield (CRNCPS).

Sejumlah RM65 juta dan RM35 juta adalah untuk menjelaskan baki pembayaran bagi dua kapal, iaitu Blooming Wisdom dan Keyfield Helms 1 dan RM26.6 juta untuk membayar balik pinjaman bank, modal kerja dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian. 

Dalam sidang media selepas majlis penyenaraian tersebut, beliau berkata syarikat itu tidak akan menghadapi kesan langsung daripada ketegangan geopolitik semasa di Timur Tengah kerana ia beroperasi sepenuhnya di Asia Tenggara.

“Buat masa ini semua pendapatan kami diperoleh dari Malaysia dan sebahagiannya berhampiran Thailand, jadi saya rasa ketegangan geopolitik di Timur Tengah tidak akan memberi kesan langsung kepada kami kerana kami beroperasi sepenuhnya di rantau ini.

“Sekiranya berlaku krisis besar hingga berperang, ia sudah tentu akan menjejaskan keseluruhan pasaran dan ini adalah sesuatu yang perlu kita hadapi, tetapi dari segi kerja, tidak ada pesanan kerja yang dibatalkan kerana semua pelanggan kami (berada) di rantau ini,” katanya.

Kee berkata syarikat itu mempunyai 11 kapal dan juga mengendalikan kapal-kapal pihak ketiga, dengan semua kapal disewa sepenuhnya. Memandangkan keadaan semasa, beliau berkata syarikat masih mencari kapal yang sesuai untuk memenuhi pesanan kerja yang semakin meningkat.

“Kami akan meninjau untuk memperoleh tiga kapal, satu daripadanya telah diperoleh pada Januari, jadi kami masih melihat rundingan untuk membeli kapal-kapal yang sesuai,” katanya.

M&A Securities Sdn Bhd ialah penasihat utama dan penaja jamin untuk IPO Keyfield. Ia juga merupakan ejen penempatan bersama dengan Maybank Investment Bank Bhd.

— BERNAMA

Tags: Darren Kee Chit Hueikapal penginapan kerjaKeyfield Internationalminyak dan gas
Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In