fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi walaupun prestasi Wall Street kurang menggalakkan pada Jumaat lepas berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah, kata penganalisis. 

Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 367 berbanding 197 manakala 274 kaunter tidak berubah, 1,535 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 445.25 juta unit bernilai RM277.67 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka ketidaktentuan kadar faedah global, selain pendapatan beberapa syarikat utama pada minggu ini akan mewujudkan aktiviti pengambilan untung.

Beliau berkata pada Jumaat lepas, Dow Jones Industrial (DJI) Average menambah 211 mata dan Nasdaq merosot 319 mata berikutan hasil 10 tahun AS susut kepada 4.621 peratus.

Selain itu, katanya situasi di Hong Kong juga kurang menggalakkan dengan Indeks Hang Seng berkurangan 162 mata berikutan peniaga menjual ekuiti untuk aset selamat, iaitu emas.

“Kami percaya dagangan akan menjadi berhati-hati berikutan situasi tidak menentu yang meningkat. Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,540-1,550 hari ini,” katanya kepada Bernama. 

Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, Maybank menambah 11 sen kepada RM9.76, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.18 dan CIMB meningkat enam sen kepada RM6.62.

Tenaga Nasional naik lapan sen kepada RM11.68 dan Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM6.84. 

Bagi saham aktif, Keyfield International, yang mula disenaraikan di Pasaran Utama hari ini, naik 84 sen kepada RM1.74 manakala Ingenieur Gudang, Iconic Worldwide dan Dataprep, masing-masing meningkat setengah sen kepada 14.5 sen, 10.5 sen dan 12.5 sen.

Ancom Logistics menambah 2.5 sen kepada 20.5 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 65.64 mata kepada 11,661.71, Indeks FBMT 100 naik 63.63 mata kepada 11,311.58 dan Indeks FBM 70 meningkat 61.69 mata kepada 16,120.08.

Indeks FBM ACE naik 6.37 mata kepada 4,865.35 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 50.90 mata kepada 11,820.77.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.52 mata kepada 185.01, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 120.55 mata kepada 17,239.33 dan Indeks Tenaga menambah 1.04 mata kepada 970.23.

Indeks Perladangan merosot 3.00 mata kepada 7,372.65.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In