• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat, Pelabur Tumpu Saham Dengan Rizab Tunai Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan awal Jumaat dalam wilayah positif, didorong oleh aktiviti belian meluas berikutan pemulihan serantau ketika pelabur dilihat menumpukan kaunter saham dengan rizab tunai yang tinggi.

Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.54 mata pada 1,546.30.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 253 berbanding 242 manakala 315 kaunter lain tidak berubah, 1,566 tidak diniagakan dan 21 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 479.11 juta unit bernilai RM188.78 juta. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun pasaran dibuka meningkat, sentimen keseluruhan kekal tidak menentu dengan pelabur mengutamakan saham yang mempunyai rizab tunai lebih tinggi.

“Kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam jajaran 1,540-1,550. Namun, kami turut mendapati pembetulan (teknikal) telah bermula apabila minyak sawit mentah susut ke paras bawah RM4,000 satu tan manakala minyak mentah Brent pula turun kepada US$86 setong,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya menyifatkan bahawa pelabur cuba mengimbangi tekanan ekonomi yang kukuh serta dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang ketat.

“Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikannya untuk hari kedua berturut-turut semalam berikutan peningkatan sentimen dan aktiviti selepas merosot baru-baru ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik tiga sen kepada RM9.70, Public Bank meraih dua sen kepada RM4.16, CIMB tidak berubah pada RM6.59 manakala Tenaga Nasional menokok empat sen kepada RM11.64.

Bagi saham aktif, Ingenieur Gudang dan TWL masing-masing kekal pada 14 sen dan tiga sen, Awanbiru turun 12 sen kepada 20 sen manakala Pan Malaysia naik 1.5 sen kepada 21 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meningkat 27.24 mata kepada 11,644.21 namun Indeks FBM ACE susut 4.53 mata kepada 4,942.99 dan Indeks FBM 70 turun 1.09 mata kepada 16,183.57.

Indeks FBMT 100 menokok 26.07 mata kepada 11,281.60 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 28.75 mata kepada 11,817.08.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Tenaga naik 0.25 mata kepada 952.25, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 38.79 mata kepada 17,171.43 dan Indeks Perladangan meraih 33.27 mata kepada 7,387.72.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian bagaimanapun susut 0.63 mata kepada 185.08.

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In