• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Kimlun Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM150 Juta Di Johor

in Catalyst
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Kimlun Corp Bhd, Kimlun Sdn Bhd memperoleh kontrak pembinaan daripada Astaka Development Sdn Bhd untuk kerja-kerja bangunan utama pembangunan kediaman berperkhidmatan, Aliva Mount Austin, di Johor, bernilai RM150 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kerja pembinaan dijangka siap pada suku keempat 2026.

Pengarah Eksekutif Kimlun Chin Lian Hing berkata syarikat yakin kerjasama ini akan mewujudkan pembangunan yang mengatasi jangkaan dan menyumbang dengan ketara kepada pasaran hartanah di Johor Bahru.

Sejak pelancaran komersial Aliva pada Disember 2023, projek itu telah mencapai kadar pengambilan yang luar biasa sebanyak 70 peratus, katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astaka Allen Khong berkata dengan Projek Rapid Transit System (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang berjalan dengan baik, didapati lebih ramai pembeli antarabangsa, khususnya dari Singapura, giat mencari hartanah di Malaysia sebagai kediaman kedua atau sebagai pelaburan.

“Sehubungan itu, kami telah berjaya memohon dengan kerajaan Johor untuk mengurangkan ambang minimum pembelian hartanah warga asing bermula daripada RM500,000. Kami menjangkakan faktor-faktor ini akan meningkatkan lagi kadar pengambilan Aliva,” katanya.

Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan Kimlun untuk tahun kewangan dalam tempoh kontrak, kata syarikat itu.

— BERNAMA

Tags: AstakaKimlunkontrakpembinaan
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In