• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bertukar Positif Dalam Dagangan Awal Selepas Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis namun kemudiannya meningkat. 

Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.58 mata kepada 1,539.84.

Di pasaran meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 262 berbanding 151, manakala 307 kaunter tidak berubah, 1,644 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 304.63 juta unit bernilai RM145.51 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup pada paras lemah dalam tempoh semalaman berikutan peniaga mengambil untung meskipun ketika ketidaktentuan mengenai kadar faedah, ketegangan geopolitik dan musim pelaporan keputusan yang akan datang.

Purata Perindustrian Dow Jones susut 46 mata manakala Nasdaq berkurangan 182 mata walaupun hasil 10 tahun Amerika Syarikat berkurangan kepada 4.589 peratus.

“Di dalam negara, FBM KLCI melantun semula kepada paras 1,540 berikutan belian yang menyeluruh. Bagaimanapun, kami mengesan keadaan pasaran kekal berhati-hati seperti yang digambarkan oleh jumlah dagangan harian yang rendah semalam,” katanya kepada Bernama.

Thong berpandangan bahawa belian semasa harga rendah dijangka berterusan hari ini meskipun  aktiviti perdagangan diramal suram.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan indeks itu akan bergerak dalam julat 1,535-1,545 hari ini.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank menokok tiga sen kepada RM9.63, CIMB meningkat satu sen kepada RM6.54, dan Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM11.56. Public Bank dan Petronas Chemicals pula tidak berubah, masing-masing pada RM4.15 dan RM6.83.

Bagi saham aktif, Jaks Resources dan Tanco Holdings masing-masing turun setengah sen kepada 14 sen dan 83.5 sen, Eversendai Corp menambah 1.5 sen kepada 39 sen, RGB International meningkat setengah sen kepada 35.5 sen dan Ingenieur Gudang kekal pada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 0.73 mata kepada 11,576.71, Indeks FBM ACE berkurangan 14.43 mata kepada 4,910.94 dan Indeks FBM 70 turun 34.94 mata kepada 16,079.18.

Indeks FBMT 100 naik 0.02 mata kepada 11,219.41 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 0.14 mata kepada 11,757.45.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.01 mata kepada 183.30, Indeks Tenaga berkurangan 8.03 mata kepada 951.14 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 20.87 mata kepada 17,086.62.

Indeks Perladangan berkurangan 4.98 mata kepada 7,352.90.

— BERNAMA 

TAG: Bursa Malaysia, buka, Wall Street, Thong Pak Leng, Rakuten Trade 

Tags: bukaBursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In