• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Maybank IB Kekal Positif Prospek Sektor Penerbangan

in Catalyst
A A
Maybank IB Kekal Positif Prospek Sektor Penerbangan

Gambar: klia2 info

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan prospek positif terhadap sektor penerbangan meskipun ketegangan meningkat di Timur Tengah, trafik penumpang yang berpotensi terjejas di rantau itu dan kos bahan api jet yang turun naik.

Bagaimanapun, ia menganggarkan dalam kes senario terburuk, sekiranya trafik penumpang dari dan ke Timur Tengah terhenti sepenuhnya, pendapatan MAHB dijangka menyusut sebanyak 26 peratus bagi asas tahun penuh, manakala harga sasaran saham (TP) akan turun kepada RM6.61 (-26 peratus).

“Apa yang membimbangkan kami adalah trafik penumpang ke dan dari Timur Tengah akan memberi kesan kepada operasi Malaysia dan Turkiyenya. MAHB setakat ini belum mengeluarkan statistik lapangan terbang 2023 yang memperincikan trafik penumpang dari rantau itu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Mengikut statistik lapangan terbang 2019 (sebelum pandemik), trafik penumpang ke dan dari Timur Tengah menyumbang tujuh peratus daripada trafik penumpang antarabangsa di KLIA dan 28 peratus daripada trafik penumpang antarabangsa di Sabiha Gokcen Istanbul,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Sementara itu, bagi Capital A dan AAX, Maybank IB berkata kebimbangan utama ialah kesan harga bahan api jet yang lebih tinggi berikutan keempat-empat syarikat penerbangan Capital A tidak terbang ke mana-mana destinasi di Timur Tengah.

“Walaupun unjuran kami harga pada US$105 setong untuk bahan api jet semerta, ia tidak jauh daripada US$104 setong pada ketika ini.

“Jeddah, Arab Saudi, satu daripada destinasi AAX,  tetapi destinasi ini hanya menyumbang antara 5.0-7.0 peratus daripada jumlah kilometer tempat duduknya, jadi, seperti Capital A, kebimbangan utama kami untuk AAX ialah harga bahan api jet yang melambung tinggi,” katanya.

Bank pelaburan itu mengunjurkan setiap kenaikan US$1 setong harga bahan api jet, ia akan menurunkan anggaran keuntungan bersih terasnya sebanyak RM14 juta dan TP berasaskan jumlah bahagian (SOP) sebanyak 24 sen.

Ia seterusnya menyatakan bahawa anggaran pendapatan, saranan dan TP sedang disemak.

Pada 11.37 pagi, saham MAHB susut 20 sen kepada RM9.86 dengan 452,800 saham didagangkan; AAX naik satu sen pada RM1.25 dengan 193,400 saham bertukar tangan; manakala Capital A  menokok setengah sen pada 67.5 sen dengan 2.44 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Tags: AAXBursa MalaysiaCapital AMAHBMaybank IBpenerbangan
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In