• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) — Dagangan Bursa Malaysia rendah pada sesi awal Selasa, menjejaki perkembangan negatif semalaman di Wall Street susulan ketegangan konflik Timur Tengah selain inflasi ketara di Amerika Syarikat (AS) sebagaimana dibuktikan menerusi data jualan runcit bagi Mac yang kukuh dan mengatasi jangkaan.

Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.70 mata kepada 1,539.83 daripada paras 1,542.53 di akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.45 mata kepada 1,541.08.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 521 berbanding 92 manakala 266 kaunter lain tidak berubah;  1,473 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 463.03 juta unit bernilai RM191.62 juta.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata perkembangan terbaharu itu menyaksikan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS ditutup mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir enam bulan pada 4.61 peratus. 

Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) pula berakhir dengan susut 248 mata manakala Nasdaq turun 290 mata. 

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI turun ke paras 1,540 semalam dalam senario prestasi serantau yang terjejas akibat ketegangan yang terus memuncak di Timur Tengah.

“Aktiviti jualan di bursa tempatan meluas berikutan tiada sektor yang terkecuali. Jika sokongan semasa pada paras 1,540 turut terjejas, paras sokongan seterusnya diunjur sekitar 1,520,” katanya kepada Bernama. 

Sehubungan itu, Thong menjangkakan indeks itu akan bergerak dalam julat 1,540-1,550 pada hari ini.

Saham wajaran tinggi seperti Maybank turun satu sen kepada RM9.64, Tenaga Nasional berkurangan empat sen kepada RM11.56 dan Petronas Chemicals merosot lima sen kepada RM6.75. 

Public Bank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM4.12 dan RM6.58.  

Bagi saham aktif, Ingenieur Gudang naik 1.5 sen kepada 15.5 sen, TWL sebaliknya turun setengah sen kepada tiga sen dan Dagang NeXchange berkurangan satu sen kepada 40 sen manakala Harvest Miracle Capital dan Hong Seng Consolidated masing-masing kekal pada 11.5 sen dan satu sen.  

Indeks FBM Emas berkurangan 42.46 mata kepada 11,557.74, Indeks FBMT 100 turun 35.43 mata kepada 11,203.63, Indeks FBM Emas Syariah susut 49.16 mata kepada 11,707.42, Indeks FBM ACE merosot 37.37 mata kepada 4,959.10 dan Indeks FBM 70 menguncup 115.43 mata kepada 16,044.42. 

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 26.131 mata kepada 17,143.02, Indeks Perladangan susut 26.38 mata kepada 7,406.24, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kehilangan 0.97 mata kepada 182.85 dan Indeks Tenaga menguncup 3.44 mata kepada 963.05.

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeTimur Tengah
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In