fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Ada Apa Dengan Saham Nio Inc?

in Saham Global
A A
Ada Apa Dengan Saham Nio Inc?

Gambar: marketbeat

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI

Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street

Dahulu apabila sektor kenderaan elektrik (EV) semakin meningkat, syarikat yang menghasilkan kereta EV turut naik sama contohnya adalah Tesla Inc. 

Tesla Inc merupakan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan dimiliki oleh Elon Musk. Kemudian, nama syarikat EV dari China iaitu Nio Inc turut naik sama.

Nio Inc. ialah pengeluar kereta multinasional China yang beribu pejabat di Shanghai, mempunyai kepakaran dalam mereka bentuk dan membangunkan kenderaan elektrik. 

Saham Nio Inc disenaraikan di New York Stock Exchange (NYSE), Hong Kong Exchange (HKEX) dan Singapore Exchange (SGX).

Sumber: Nio Inc

Harga IPO Nio Inc di NYSE

Nio Inc disenaraikan di NYSE pada 12 September 2018. Harga IPO Nio dinilaikan pada AS$6.28 sesaham semasa IPO. Pada ketika itu, Nio Inc dijangka menjadi syarikat seterusnya yang bakal menyinar seperti Tesla. 

Saham ini terus membuat kenaikan sehingga mencecah paras All-time high pada AS$66.99 pada 11 Januari 2021. 

Namun sejak itu, saham Nio Inc membuat downtrend yang kuat dan setakat 12 April 2024, harganya tinggal AS$4.11.

Ada apa dengan saham Nio Inc?

Sumber: TradingView

Apa Yang Terjadi Pada Saham Nio Inc?

Sumber: Investing.com

Jika kita lihat prestasi kewangan Nio Inc untuk 4 tahun yang ke belakang, pendapatan Nio semakin meningkat dari 2020 ke 2023. Walaubagaimanapun, sebaliknya kerugian bersih Nio Inc juga semakin bertambah untuk tempoh yang sama.

Ini bermakna walaupun Nio berjaya menjual lebih banyak kenderaan sekaligus meningkatkan pendapatan, namun disebabkan kos yang tinggi syarikat juga masih belum berjaya mencatatkan keuntungan malah kerugian yang lebih besar.

Pada tahun 2023, pendapatan Nio Inc adalah sebanyak USD55.62 bilion dan kerugian bersih yang dicatatkan adalah sebanyak 21.15 bilion. 

Sumber: Investing.com

Jumlah aset syarikat masih kukuh dengan nilai sebanyak AS$117.38 bilion manakala liabiliti syarikat adalah sebanyak AS$87.79 bilion.

Kos Yang Tinggi

Sumber: Yahoo Finance

Berdasarkan data dari Yahoo Finance, kos jualan pengeluar EV China ini sangat tinggi iaitu sebanyak AS$52.57 bilion merangkumi 95% dari jumlah keseluruhan pendapatan syarikat pada tahun lalu. 

Perbelanjaan operasi terbesar ialah kos penyelidikan & pembangunan (R&D), berjumlah AS$13.2 bilion iaitu 51% daripada jumlah perbelanjaan. Sepanjang tahun lalu, pendapatan syarikat telah dipertingkatkan oleh keuntungan bukan operasi sebanyak AS$1.51 bilion.

Persaingan Sengit 

Nio Inc dilihat mendapat saingan tinggi dari pengeluar EV yang lain.

Data yang dikeluarkan pada bulan Mac 2024, Nio berjaya menjual 11,866 buah kenderaan pada bulan Mac 2024 meningkat 14.3% berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Walaubagaimanapun, jualan Nio adalah lebih laggard berbanding pencabarnya. Xpeng menjual 9,026 buah kenderaan, 28.09% lebih tinggi berbanding Mac tahun lalu.

Li Auto pula melihat pertumbuhan jualan sebanyak 39.2% dan berjaya menjual sebanyak 28,984 buah kenderaan EV. 

Nio Inc hanya berjaya menjual sebanyak 30,053 buah kenderaan bagi suku pertama 2024.

Berita Sekatan Kenderaan EV Memburukkan Keadaan

Sumber: Reuters

Seorang senator dari Amerika Syarikat Bernama Sherrod Brown meminta Presiden Amerika Joe Biden untuk mengenakan sekatan kemasukan kenderaan EV dari China untuk selama-lamanya. Dalam surat yang ditulisnya, beliau menyatakan bahawa kenderaan EV China merupakan ancaman kepada pengeluar kenderaan Amerika.

Nio Inc sebagai salah sebuah syarikat pengeluar EV dari China sudah tentu terkesan daripada berita ini dan saham Nio Inc susut sebanyak 7.85% pada 12 April 2024. 

Sumber: TradingView

Pada bulan Mac yang lalu, pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan siasatan terhadap kereta elektrik (EV) China untuk melindungi industri automotif Amerika Syarikat. 

White House melabelkan EV atau kereta pintar China sebagai ‘ancaman keselamatan negara’ dan mendakwa bahawa kenderaan tersebut boleh menghantar data kembali ke Beijing.

Namun, ia dilihat sebagai satu langkah untuk menghalang syarikat-syarikat China daripada memperoleh akses kepada teknologi semikonduktor termaju dan peralatan pembuatan berkaitan di Amerika.

Status Syariah Saham Nio Inc

Menurut CGSI, saham Nio Inc merupakan tidak patuh syariah. Walaubagaimanapun, anda juga boleh cuba merujuk sumber lain bagi menyemak status syariah saham Nio Inc. Sekiranya terdapat laman pihak ketiga yang memberikan status syariah kepada saham ini dan anda berminat untuk membeli saham Nio, sila hubungi Dealer atau Remiser anda serta kongsikan salinan dokumen yang memberikan status syariah tersebut.

Sumber: CGSI

Kesimpulan

Buat masa sekarang, belum ada lagi catalyst yang dilihat mampu menarik minat pelabur terhadap Nio Inc. Semoga Nio Inc bakal mengeluarkan model kenderaan baru serta mengurangkan kos operasi agar syarikat tersebut bakal mengembalikan keyakinan pelabur. 

Baca juga: Nak Buka Akaun CDS Global Dengan CGSI (CGS-CIMB)? Jom Ikut Tutorial Mudah Ini

Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Baru mula melabur dalam pasaran US? 

Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?

Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?

Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.

E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.

Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Tags: Amerika SyarikatEVnioNio IncteslaWall Street
Share247ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 week ago
Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI
Saham Global

Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI

3 weeks ago
Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street
Saham Global

Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street

4 weeks ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In