• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Sentimen Berhati-Hati

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan sentimen berhati-hati susulan perkembangan semasa konflik Timur Tengah, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.50 mata kepada 1,544.54 daripada 1,551.04 ketika ditutup Jumaat lepas.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks penanda aras itu dibuka 5.59 mata lebih rendah kepada 1,545.45.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 563 berbanding 120, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,418 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 472.11 juta unit bernilai RM254.83 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street susut dalam tempoh semalaman apabila sentimen sekali lagi dijejaskan oleh kebimbangan inflasi ditambah dengan ketegangan yang semakin meruncing di Timur Tengah.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) merosot 476 mata manakala Nasdaq turun 276 mata apabila hasil 10 tahun AS susut kepada 4.518 peratus.

“Kami menjangkakan corak dagangan menjadi kurang rancak sejajar dengan penurunan di Wall Street.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,550 hingga 1,560 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Thong menambah bahawa konflik Timur Tengah mendorong harga minyak mentah lebih tinggi, yang menyaksikan minyak mentah Brent ditutup semula di atas US$90 setong.

Di peringkat domestik, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia pada Ahad menjelaskan bahawa mereka telah meningkatkan pemantauan dan pengawasan pasaran untuk memastikan aktiviti pasaran modal Malaysia kekal stabil, adil dan teratur susulan perkembangan terkini di Timur Tengah.

Kedua-dua pihak juga memberi jaminan bahawa asas pasaran kekal kukuh dan pengantara dimodalkan dengan baik.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memantau dengan teliti perkembangan geopolitik global dan pasaran kewangan.

Di samping itu, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menggalakkan kestabilan kewangan yang berterusan dan pasaran berfungsi dengan teratur.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM9.61, Public Bank susut satu sen kepada RM4.17, CIMB kurang tiga sen kepada RM6.58, Tenaga Nasional susut lapan sen kepada RM11.62 dan IHH Healthcare menguncup dua sen kepada RM6.07.

Bagi saham aktif, Dagang NeXchange menambah satu sen kepada 42.5 sen, manakala Harvest Miracle dan Velesto Energy masing-masing naik setengah sen kepada 12.5 sen dan 28 sen.

Sementara itu, Bahvest Resources susut satu sen kepada 59.5 sen dan PUC tidak berubah pada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 58.67 mata kepada 11,639.15, Indeks FBMT 100 susut 53.30 mata kepada 11,273.62, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 53.21 mata kepada 11,809.78, Indeks FBM ACE turun 39.60 mata kepada 5,060.52 dan Indeks FBM 70 jatuh 101.05 mata kepada 16,291.52.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurang 89.81 mata kepada 17,181.99, dan Indeks Perladangan susut 16.79 mata kepada 7,453.90.

Bagaimanapun, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.27 mata kepada 184.93 dan Indeks Tenaga menambah 12.31 mata kepada 981.40.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeThong Pak LengTimur TengahWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In