• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

SBH Marine Mula Disenarai Di Pasaran ACE Pada 25.5 Sen

in Asas Saham
A A
SBH Marine Mula Disenarai Di Pasaran ACE Pada 25.5 Sen

Gambar: theedgemalaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — SBH Marine Holdings Bhd (SBH Marine) memulakan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25.5 sen dengan mencatatkan premium sebanyak 3.5 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 22 sen.

Pada pukul 9 pagi, kaunter itu menyaksikan 216.6 juta saham bertukar tangan.

Selepas penyenaraian, permodalan pasaran syarikat itu berjumlah RM195 juta dengan modal saham yang diperbesarkan sebanyak 888 juta saham.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Pengarah Eksekutifnya Saw Leng Hean berkata syarikat pengeksport makanan sejuk beku itu optimis terhadap industri makanan sejuk beku kerana ia tidak terjejas oleh inflasi yang memberi peluang kepada SBH Marine untuk berkembang.

“Walaupun semasa pandemik beberapa tahun lepas syarikat kami terjejas tetapi jualan kami terus berkembang. Ini menunjukkan orang ramai kini mencari pilihan protein yang lebih sihat terutamanya dalam protein marin,” katanya pada media di sini hari ini.

Saw juga berkata SBH Marine menyasarkan untuk menumpukan pada segmen pasaran premium, memenuhi keperluan pengguna untuk memastikan kemampanan jangka panjangnya.

Beliau berkata strategi berkenaan akan membolehkan syarikat mencapai margin lebih tinggi kerana ia mengelakkan persaingan langsung dengan negara jiran.

“Seperti yang kita semua tahu, jiran sekitar kita..kita bercakap mengenai Vietnam, Indonesia, Thailand, India, semua orang menyasarkan pasaran komoditi iaitu barangan harga rendah. Kami menyasarkan produk harga premium.

“Produk kami menuju ke tahap pengguna yang lebih tinggi. Oleh itu, ia juga sangat mampan dan permintaan sentiasa ada,” katanya.

Mengulas mengenai krisis Laut Merah, Saw berkata ia bukan isu bagi kumpulan itu kerana jualannya dipelbagaikan dan meluas ke negara Asia juga.

“Penghantaran ke negara Eropah dan Timur Tengah telah terjejas oleh gangguan dalam laluan perkapalan dan beberapa faktor lain.

“Sehubungan itu, kadar penghantaran telah meningkat. Bagaimanapun, kami juga akan dapat mengimbangi kenaikan kadar penghantaran atau kos penghantaran dengan menurun, bermaksud warga Eropah terlibat dalam lebih banyak eksport dan import, menyumbang bukan sahaja kepada kami tetapi juga kepada pasaran global,” katanya.

Sementara itu, SBH Marine berkata ia berjaya mengumpul sejumlah RM39.6 juta menerusi terbitan awam 180.0 juta saham biasa baharu.

“Daripada jumlah kasar ini, lebih 70 peratus akan digunakan untuk pengembangan perniagaan dengan 40.4 peratus atau RM16.0 juta disalurkan untuk pembangunan ladang udang Selinsing, 16.4 peratus atau RM6.5 juta untuk pembinaan kilang pemprosesan makanan laut kedua dan 15.4 peratus lagi atau RM6.1 juta untuk pembelian mesin atau peralatan dan kenderaan bermotor.

“Baki hasil sebanyak RM7.0 juta dan RM4.0 juta masing-masing telah diperuntukkan untuk modal kerja dan perbelanjaan penyenaraian,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiapasaran ACESBH Marine
Share221ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In